Thursday 11 June 2020

Tick-Talk: Citizen Siri NK - Pesaing Terbaharu Seiko Presage dan Orient Star

Kepada peminat-peminat jam tangan mekanikal jenis dressage dari negara matahari terbit tentu kenal dengan model-model Seiko Presage dan Orient Star. Kedua-duanya mendapat sambutan disebabkan ketiadaan model-model setanding dari jenama senegara iaitu Citizen. Citizen lebih mensasarkan pasaran untuk model-model quartz Eco-Drive. Untuk mid-tier entry, harga-harga Citizen Eco-Drive dikategorikan dalam kumpulan harga yang sama dengan jam mekanikal Seiko Presage dan Orient Star. Jam-jam dressage mekanikal Citizen sedia ada di pasaran masih menggunakan movement lama dari siri Calibre 82XX yang dijual pada harga yang jauh lebih murah dan tertumpu kepada low-tier entry level model. Namun, pada suku ke empat tahun 2019; Citizen telah melancarkan model-model dressage mekanikal terbaharu dari siri rujukan NK yang dikatakan setanding dengan Seiko Presage dan Orient Star. Model-model siri NK ini menggunakan movement terbaharu Miyota Calibre 83XX yang mampu menyaingi movement-movement terkini yang diguna pada Seiko Presage dan Orient Star. Berikut, sedikit komentar mengenai Citizen dressage mekanikal generasi terbaharu yang dikatakan sudah berjaya memecahkan dominasi Seiko Presage dan model elit Orient Star berdasarkan informasi dan kajian dari pasaran semasa. - thetick-thetick2020

Miyota Calibre 8310A Made in Japan
Model-model Citizen Siri Rujukan NK
Berikut, antara wajah-wajah model baharu Citizen dressage siri rujukan NK sebagaimana merujuk kepada katalog di laman rasmi.
Model-model tali kulit yang menggunakan Miyota Calibre 8310A

Model-model bracelet yang menggunakan Miyota Calibre 8310A

Model-model tali kulit dan bracelet yang menggunakan Miyota Calibre 8322A


Miyota Calibre 8322A Made in Japan. Movement 3-hands dengan sub-seconds.
Perbandingan Spesifikasi dan Harga Entry Level (Online Store)
Untuk membuat perbandingan, satu model entry-level Seiko Presage, Orient Star dan Citizen Siri NK dipilih. Ketiga-tiganya mempunyai komplikasi yang sama iaitu mempunyai tiga jarum (central second) dan date. Movement-movement digunakan juga adalah yang terkini bagi model-model pada kategori yang sama. Harga-harga yang diambilkira adalah tawaran harga terendah oleh penjual-penjual dalam talian di Malaysia. Ia tidak mengambilkira harga Standard Retail Price atau Recommended Retail Price dari penjual-penjual bertauliah dari ketiga-tiga pengeluar. Berikut, jadual perbandingan spesifikasi movement yang digunakan dan harga tawaran terendah bagi model-model Seiko Presage, Orient Star dan Citizen Siri NK.
Rumusan
Tidak dapat dinafikan untuk model-model dressage, Seiko Presage dan Orient Star lebih mendapat tempat di pasaran. Citizen pula lebih dikenali dengan model-model Eco-Drive. Model-model mekanikal Citizen dressage dianggap bukan saingan Presage dan Orient Star kerana penggunaan movement lama dari siri Calibre 82XX yang digunakan. Namun apabila siri NK mula dilancarkan, ia membuka mata peminat dengan penggunaan movement Calibre 83XX terbaharu yang dari segi spesifikasi lebih bagus dari Seiko Cal. 4R35 dan Orient F6N47. Kita ketepikan julat accuracy, kerana pada vibration 21,600bph; ketiga-tiga movement ini masih boleh merakam waktu dengan ketepatan yang berlainan. Mungkin ada yang lebih accurate dari rating yang dicadang oleh pengeluar. Dari segi hacking dan manual-winding, ketiga-tiganya ada. Lihat autonomous power atau power reserve! Miyota Cal. 8310A pastinya lebih bagus dari Seiko 4R35 dan Orient F6N47. Nah! Harga Citizen lebih rendah berbanding Presage dan Orient Star. Maka, jika dikombinasikan harga dan spesifikasi movement yang digunakan; Citizen mempunyai kelebihan yang mampu menyaingi Presage dan Orient Star.

"Citizen Calibre 0100 adalah movement quartz terkini yang paling accurate di dunia dengan julat ketepatan +/-1 saat setahun. Syarikat bersekutunya, Miyota pula sudah berjaya dengan movement-movement hi-beat 28,800 bph melalui siri Calibre 9000. Kini muncul pula generasi terbaharu siri Calibre 8000 melalui movement 83XX. Perkembangan terbaharu ini bakal memberi persaingan sengit kepada Seiko dan Orient. Mengikut desas-desus dari forum Seiko-Citizen; Citizen bakal mengeluarkan jam-jam Promaster diver yang menggunakan Miyota Cal. 8310A... macam mana laa rupa? Pasti akan menggegar kedudukan Seiko Prospex diver dan Orient Star diver. Kita nantikan." - thetick-thetick2020