Sunday, 6 February 2011

Pendapat: Pasaran Jam Vintage Malaysia 2010/11

“Setelah hampir setahun membuat penelitian dengan mendekati pengumpul-pengumpul, penjual-penjual, melayari blog-blog dan iklan jualan jam tangan vintage di Internet; saya telah membuat satu analisa mengenai trend kegemaran pembeli, harga (nilai vintage), jenama-jenama, dan model-model yang menjadi pilihan dan buruan. Method yang saya gunakan adalah bersifat ‘primary’ dan ‘secondary analysis’. Fokus analisa saya hanya tertumpu kepada jam tangan buatan Swiss dan Jepun. Saya harap analisa yang dibuat boleh dijadikan panduan kepada pengumpul, pembeli, dan penjual jam-jam tangan vintage yang mewarnai dunia Horology di Malaysia.” – thetick-thetick

Jam Tangan Vintage Jenama Swiss
Jikalau ingin disenaraikan teramatlah panjang; terdapat hampir seribu jenama vintage dari Switzerland. Samada jenama tersebut masih dikeluarkan atau tidak, memang terdapat banyak jenama dari Switzerland yang membanjiri pasaran dunia pada sekitar awal tahun 1900 sehinggalah penghujung tahun 70an. Di dalam pengkalan data saya sahaja terdapat hampir 700 jenama! Yang biasa dengar, dan tergeliat lidah untuk disebut pun ada. Ada satu jenama yang bila kita sebut akan berbunyi seperti pelat Negeri Sembilan, polek bunyi nyo jang! Jenama “Polek” adalah salah satu dari ribuan jenama jam tangan Swiss. Cuba cari di Amcorp Mall flea market, pasti anda akan jumpa. Cuma jenama “Lolex” sahaja pasti tidak akan ditemui!

Apapun jenama Swiss, umur, kondisi, rekabentuk, fungsi, dan movement; pasarannya tetap hidup kerana adanya “demand & supply”. Namun begitu, pasaran jam vintage Swiss dikuasai oleh “mood pembeli” dan ekonomi semasa. Tersenarai di bawah, analisa saya:

In-house Movement
Jenama-jenama yang menggunakan in-house movement memang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dikalangan pembeli dan pengumpul jam tangan vintage. Memang diakui, jenama seperti Patek Philippe, Jaeger Le-Coutre, Breguet, Ulysse Nardin, Vacheron Constantine, Audemars Piguet, Blancpain, Zenith, dan jenama Haute Horlogerie yang lain memang amat payah ditemui di pasaran Internet dan flea market di Malaysia. Mungkin ia hanya berlegar-legar dikalangan pengumpul-pengumpul elit sahaja. Harga-harga jenama ini adalah lebih kepada “hammer auction price” ataupun “willing buyer – willing seller price”. Pasarannya amat kecil dan bergantung kepada kuasa beli dan “availability” jenama-jenama tersebut.

ETA, Ronda, dan A. Schild Movement
Tiga ebouche yang paling banyak digunakan oleh jenama vintage dari Switzerland adalah ETA, Ronda dan AS (A. Schild). Jam-jam vintage yang menggunakan movement jenis ini tidak pernah surut dari pasaran semasa. Tissot, Titoni, Rado, Enicar, Mido, Titus, Solvil et Titus, Zodiac, dan Bulova adalah jenama vintage Swiss yang sentiasa mendapat tempat di pasaran Malaysia. Jam-jam jenama ini selalu bertukar-tangan dikalangan pembeli dan penjual. Oleh kerana itu harganya semakin menurun. Apatahlagi kebanyakan jenama ini adalah jenis sporty-dress dan bersaiz kecil antara 32mm hingga 36mm menjadikannya semakin kurang diminati. Hanya model sports seperti diver dan chronograph sahaja yang sentiasa mendapat nilaian tinggi namun agak jarang terdapat di pasaran.

Edward A Woldman & Co. Jam diver jenama Swiss menggunakan ETA8810 single jewel hand-wind movement. Pernah dengar jenama ni? 

Jenama Breitling, Tudor, dan Longines adalah tiga jenama vintage menggunakan movement ETA yang mendapat nilaian harga tinggi sepanjang zaman. Ini mungkin kerana popularity jenama dan penjenamaan ebouche ETA kepada nombor siri keluaran movement sendiri oleh pengeluar-pengeluar tersebut. Model chronograph Breitling dan diver Tudor “Submariner” masih menjadi buruan. Sementara Longines dress watch masih dianggap pesaing kepada Omega. Jenama-jenama lain yang menggunakan movement-movement ini terus memenuhi pasaran. Tanpa mengira rekabentuk mahupun fungsi, nilaian harga jenama-jenama ini semakin menurun mungkin disebabkan kurang popularnya jenama-jenama tersebut.

Rolex dan Omega
Jenama vintage Rolex dan Omega tetap diminati ramai di pasaran vintage Malaysia. Mudah ditemui di dada-dada blog, iklan jualan Internet dan pasar karat. Kedua-duanya menggunakan in-house movement. Walaupun tidak menggunakan in-house movement untuk semua model, dua jenama ini memang sentiasa menjadi pilihan. Model-model professional dari jenama Rolex dan Omega terus mendapat nilaian harga yang tinggi terutamanya jam tangan chronograph dan model-model “signature”. Rolex “sporty-dress watch” seperti 6694 akan berlegar di sekitar harga RM3,500-RM4,000 bergantung kepada kondisi. Model professional Rolex seperti Explorer, GMT-Master, Submariner, dan Sea-Dweller akan terus dinilai tinggi hampir menyamai harga model keluaran terbaru.

Model-model signature Omega yang terkenal seperti Seamaster, Constellation, dan Geneva-endorsed terus mengekori jenama Rolex. Jam vintage Omega yang mendapat pengiktirafan “Certified Chronometer” atau yang menggunakan “chronometer grade in-house movement” semakin naik harga. Model Constellation terutamanya akan berlegar di sekitar RM1,600 sehingga RM2,500 bergantung kepada kondisi dan “originality” setiap bahagian-bahagian jam tangan. Model Seamaster kunci (hand-wind) terus diburu terutamanya yang menggunakan “military dial”. Model military ini dijangkakan akan mencecah harga sekitar RM1,000 dan ke atas bergantung kepada kondisi. Model professional seperti Seamaster Diver, Flightmaster, dan Speedmaster akan terus meraih harga yang lebih tinggi dari harga sebelum ini. Dari segi fungsi dan operasi; jam tangan kunci Omega dan Rolex akan pasti dijual pada harga yang tinggi berbanding jam yang menggunakan movement automatik.

Omega "Chronometer Grade". Tetap menjadi buruan peminat jam vintage Swiss.

Sporty 70s, Military, dan Chronograph
Secara keseluruhan, mood pembeli jam vintage tertumpu kepada saiz yang lebih besar dan sporty. Oleh kerana itu model sports tahun 70an lebih mendapat permintaan dan menjadikannya lebih mahal. Jam-jam tangan sports seperti chronograph dan diver tahun 70an adalah lebih berbentuk radikal dengan saiz “case” yang besar, jarum-jarum rugged dan berwarna warni, serta dial yang berintegrasi dengan pelbagai fungsi. Bergantung kepada kondisi, jam-jam seperti ini dijangkan akan dijual melebihi harga-harga tahun sebelumnya.

Jam tangan military, samada bersaiz kecil mahupun besar akan tetap naik harga. Mungkin kerana rekabentuk dial military yang “versatile” memang sentiasa diminati. Jam military “sub-second” adalah model yang memang pasti memenuhi koleksi-koleksi pengemar jam vintage. Begitu juga jam tangan chronograph kunci. Samada menggunakan movement Venus, Valjoux, atau Lemania; harganya akan terus naik dan pasti mendapat permintaan yang tinggi.

Jam Tangan Vintage Jenama Jepun
Tidak dapat dinafikan, Seiko adalah jenama vintage yang paling digemari di dunia berbanding jenama Swiss. Mungkin ini adalah disebabkan keluarannya yang banyak (mass produced), kepelbagaian in-house movement, harga berpatutan, pelbagai model/siri, dan agak mudah didapati. Jenama Citizen dan Orient masih mendapat tempat dikalangan peminat-peminat jam tangan vintage. Namun, pasaran-pasaran jam vintage Malaysia lebih tertumpu kepada jenama Seiko.

Grand Seiko, King Seiko, dan Seiko Diver
Jam tangan siri Grand Seiko (GS) samada “dress watch”, “sporty-dress” dan diver adalah jam elit Seiko yang sentiasa mendapat tempat dikalangan pengumpul jam tangan vintage. Harga-harga jam tangan ini lebih kepada “willing buyer – willing seller”. Berapa harga mampu beli dan berapa harga hendak dijual. Ia tidak terlalu dipengaruhi oleh faktor pasaran kerana model-model ini tidak banyak dan sukar didapati. Secara rambang, model dress watch GS akan berlegar di sekitar RM6,000 sehingga RM8,000 sementara model diver GS boleh mencecah harga sehingga RM20,000. Untuk model GS dan King Seiko (KS) “Chronometer Certified”, harganya pasti melampaui jangkaan! Ini adalah model-model yang agak sukar didapati kerana memang dikumpul oleh peminat-peminat Seiko elit.

Model KS yang kebanyakannya adalah dress watch akan terus mendapat tempat dipasaran dan dijual agak tinggi sekitar RM1,200 sehingga RM2,000. Bergantung kepada kondisi, “originality” pada model KS akan menentukan harga terutamanya pada “caseback emblem”, “crown”, dan “buckle”.

Seiko diver, sudah pasti setiap peminat Seiko akan memilikinya. Semenjak 5 tahun kebelakangan ini, model Seiko diver mendapat permintaan yang tinggi dan harga melambung naik. Model-model yang paling digemari adalah 6105 dan 6309. Model 6105-6000 kini berlegar disekitar harga RM1,000 hingga RM1,200 sementara 6105-8000/8110 pula dijual antara RM1,600 sehingga RM1,900. Movement 6105B yang mempunyai “hacking function” lebih digemari sementara case besar pada model 8000/8110 memang diminati. Model 6309-7040/7049 turut mempunyai daya tarikan pada “turtle case”nya yang besar disamping dial yang unik berbanding model-model Seiko diver lain. Model yang dipanggil turtle ini dijual pada harga RM250 ke RM300 pada sekitar tahun 2006. Kini dijual di sekitar RM800 jika di tinjau di flea market Amcorp. Sementara di mudah.com di sekitar RM650 ke RM800. Bergantung kepada kondisi, model turtle ini dijangka akan naik harga lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Mungkin akan terus mendekati harga model 6105.

Anak itik berenang-renang... ada berani bawak Penyu Jepun ni berenang? Heppp... ada harga tau!

Model “slim turtle” atau “transition model” 6309-7290 sudah mula mendapat tempat di kalangan peminat Seiko Diver dan harganya dijangkakan akan mencecah RM500 ke RM600 dalam tahun ini dan mungkin lebih pada tahun-tahun akan datang. Begitu juga model 7002-7xxx yang menjadi asas kepada model SKX007 (7S26). Harga 7002 juga bakal berlegar di sekitar RM400 hingga RM500. Model 7002 Made In Japan lebih bernilai tinggi berbanding model yang dikeluarkan di Singapura dan negara lain.

Seiko Sports dan Model Signature
Seiko memang terkenal dengan model-model sportsnya yang pelbagai terutamanya di era penghujung tahun 60an dan 70an. Jam-jam vintage sports Seiko terutamanya chronograph 6139 dan 6138 telah menjadi buruan peminat-peminat di Malaysia semenjak tahun 2005. Ini menjadikan model-model ini semakin hari semakin laris. Harga pun ada yang mampu bertahan dan ada yang semakin naik. Model 6139 yang mempunyai pelbagai variasi kini berlegar pada harga RM450 sehingga RM600. Sementara model 6138 antara RM650 sehingga RM900. Model chronograph "Bullhead" adalah model yang dinilai tinggi dan berlegar di sekitar RM1,250 sehingga RM1,700. Sejak penghujung 2010, model-model 6139 dan 6138 semakin kurang di pasaran. Mungkin ramai peminat yang mengumpul jam-jam model Seiko yang memang cukup terkenal di era 70an. Namun, dari segi harga, model-model ini dijangkakan hanya akan bertahan dalam setahun dua lagi dan kemudiannya akan naik semula. Mungkin dua tiga tahun akan datang model-model chronograph ini dikira spesis yang makin pupus – kata saudara Hassan detikduabelas.blogspot.com.

Harga Seiko kepala lembu ni tak lama lagi mungkin sama dengan harga seekor lembu korban!

Seiko World Time/GMT, Navigator Timer, Bell-matic dan model signature lain juga sudah hampir pupus dari pasaran. Harga-harga untuk kondisi yang bagus bagi model-model ini pasti akan naik dan melampaui jangkaan pembeli. Ini adalah kerana jam-jam tangan model ini tidak lagi berlegar di pasaran – ramai yang menyimpannya. Model-model signature seperti Seikomatic-P, Pressmatic, dan Seiko Liner; juga sudah semakin kurang di pasaran. Harga bagi model-model ini mungkin ditentukan sendiri oleh penjual dan atas dasar kemampuan pembeli sendiri.

Citizen dan Orient
Kedua-dua jenama ini bukanlah jenama yang tidak popular di Malaysia, tetapi agak kurang diminati oleh pengumpul-pengumpul jam vintage. Jarang kita temui peminat-peminat tegar kedua-dua jenama ini. Walaupun hebat berbanding keupayaan jam vintage Seiko, jenama Citizen dan Orient tidak dinilai tinggi. Movement chronograph Citizen Mickey Mouse adalah lebih bagus dari Seiko Bullhead, namun jurang harganya memang besar. Citizen dinilai kurang. Begitu juga Orient. Tidak bergantung kepada model, signature, dan “rare” nya; harga-harga vintage Citizen dan Orient akan tetap ditakuk lama malahan mungkin akan jatuh. Model-model dress seperti Citizen Eagle dan Orient SK akan berlegar di sekitar RM200 ke RM350. Model chronograph Citizen pula akan dijual pada harga sekitar RM400 hingga RM500.

Kesimpulan
Faktor penentu pasaran jam tangan vintage samada jenama Swiss atau Jepun adalah bergantung kepada popularity, rarety, movement, dan harga. Kebanyakan pengumpul jam tangan vintage Swiss lebih minat kepada jenama. Bukan pada movement dan harga. Asal Swiss Made, ada nilai. Betul brader? Namun nilai sesebuah jam tangan Swiss vintage tidak lari dari mood atau minat pasaran. Jam tangan vintage dress watch kini semakin hari semakin kurang diminati. Harganya juga semakin murah. Di tahun 2005/06 harga Titoni kondisi baik dijual sekitar RM550 hingga Rm600. Kini hanya di sekitar RM300 ke RM350. Jam tangan vintage Swiss yang bersaiz besar, sporty, military, chronograph mula diminati walaupun harganya agak kurang stabil. Untuk jam Seiko vintage, jam yang dinilai tinggi adalah jam diver, signature, dan sports yang bersaiz besar. Jam-jam tangan Seiko 5 kini semakin merudum harganya. Secara keseluruhan, jam tangan sports dan yang bersaiz besar kini mendapat tempat di kalangan pengumpul-pengumpul jam vintage.

Itu ini naik harga! Harga roti canai... teh tarik... tapi jam Titoni turun harga.

“Yang pastinya jam vintage berkuasa bateri memang takde nilai. Ada pun harga ciput-ciput jeh. Kalau ada pun Rolex Oyster-Quartz. Yang lain tu hampeh! Tak boleh jual harga tinggi. Mana ada halege! Kalau tokeh tak mau. Saya simpan bikin pusaka. Teringat aku cerita Bujang Lapuk. Jam lama macam surat kabar lama. Ada harga. Tapi wa bili bukan mau cilita...” – thetick-thetick

21 comments:

  1. mau tunggu titoni turun harga lagi.hehe..simpan sebagai koleksi.

    ReplyDelete
  2. Menarik posting ni. Harga minyak dunia naik, harga jam pun naik le. Sesiapa yang mampu beli jam banyak-banyak, baik beli sebelum harga melambung.

    ReplyDelete
  3. Setuju. Mmg dok nampak trend gitu. Tq for the info

    ReplyDelete
  4. pada pendapat aku, makin mahal atau bernilai jam tu, makin kecil skop jualan balik. maksudnya, x ramai buyer yang mampu beli, walaupun dikategorikan bernilai tinggi.omega dgn rolex melambak di blog lain, tapi sejauh manakah kelarisannya?

    ReplyDelete
  5. Maksudnya, kalau kita minat jam tu... tak kisah la nilai jual balik berapa... kita beli ja..... Aku punya style camtu.. lantaklah org nak ckp apa pun... Duit kita. Hehe..

    ReplyDelete
  6. aku nak belai balek jam aku satu persatu. kdg2 intan disangka kaca...hehe

    ReplyDelete
  7. aku sebenarnya nyesal jual jam-jam Omega akuh. bebaru ni aku terpaksa tukar 2 bijik jam Seiko rare semata-mata nak dapatkan balik Omega Constellation model ST168 dalam gambar nih. dulu tahun 2006 rega dia dalam RM900 jeh. Aku jual dalam 1k. nah kau, sekarang kat Ampang Point jam yang sama harga 2k... takpe, janji dapat balik Omega Cal1021 nih - chronometer grade. Sapa nak Rolex memurah, cuba-cuba la berkawan dengan taukeh kedai pajak gadai. Sure ada. murah dari harga pasaran...

    macam pasaran saham, time murah beli, naik rega jual... kalu tak naik-naik gak, bikin pusaka la beb!

    ReplyDelete
  8. Amar, ada sorang member aku nama gelaran dia Mat Titoni. Dia ternak titoni macam bela kambing... penuh satu reban. Senyum dia bila rega jatuh. Masa baca artikel ni dia call aku... bole la mencukupkan koleksi titoni dia yang ke 25. Gilo apo? Ada sesapo kumpul jam Polek? gi tanyo si Danny dopan kodai mamak kat Amcorp. Ada sekor dalam kotak iyo. Polek bonar... jam Lolex ada tapi kat Petaling Street!

    ReplyDelete
  9. bro radzi,kalu nak sub yg dah pukul rata 13-14k skg, idea kdai pajak tu mmg bagus. cuma bila selalu gi tgk jam, org keliling mula pk lain ...dpd pembeli disalah sangka mat gila talak lak hehe

    ReplyDelete
  10. abg radzi; haha..teman punye titoni amatlah sikit, x sampai 10, tp, teman memang amat minat titoni. jenama swiss lain selain dr rolex/ omega, titoni lah 1st priority teman.tak tau kenape.hehe..
    hehe..harga turun naik. dekat blog memang mcm kurang harga dah sikit sekarang terutamanya harga jam jam swiss gred pertengahan atau bawah. tapi dlm bln 12 lepas, berdasarkan pemerhatian di pasar karat ipoh (Loken), pasar karat bt pahat, pasar karat JB, harga jam swiss masih mahal depa jual. kalau x dak 250 ke atas, tgok je la. wlaupun kondisi x cantik mana...seiko pun mahal sekarang biarpun cuma seiko dress taun 70an.

    macam main saham gak jam ni..ada turun dan naik.adakala untung, adakala rugi, adakala cuma pulang modal..(jam POLEK tu ada jumpa mggu lepas, di kedai kawan.haha...lawa gak)

    ReplyDelete
  11. Amar, sepanjang tahun lepas aku dah pegi Penang Road Walk, Ipoh Open Market, dengan Jonkers Street kat Melaka. Mintak mahap la. Kat outstation semua jam2 Swiss Vintage pertengahan harga tinggi, tak tau kenapa. Kalau kat Amcorp Mall KL...35% harga lagi rendah. Kalau kat blog...hampir 50% lebih rendah. Bagi aku la... semua jam-jam vintage dah berpusat kat Amcorp Mall. Banyak bawah 1 bumbung. Murah-murah.

    Yang sebenarnya, jam-jam vintage ni dia berputar. ada yang lepas jual - ada yang beli. makin banyak putaran, makin murah. yang untungnya pengumpul-pengumpul jam yang baru nak mula menternak...

    Orang gila jam, bila masa nak jam lain, jam sendiri pun dia jual walaupun rugi. jadinya, makin murah la yang beli untuk jual balik.

    Zzzuulllll... aku tak pernah jumpa Rolex Sub kat pajak gadai kat Malaya nih. kat manila dengan pnohm penh cambodia ada la. aku memang gila jam... tadi jeh masa bayar bill kat jabat pos... 2 kedai jam aku masuk. boleh kata seminggu 2 3 x kali tak masuk kedai jam bole demam! kalau seminggu sekali pun tak masuk masjid dengan surau amacam? he he... sapa yang nak ilmu agama, rajin-rajin la ke masjid kota damansara...46 kulliyah sebulan...

    ReplyDelete
  12. bro radz, haha mksud aku tgk rolex kt kdai pjk gadai byk kali...sebut masjid, sayu gak psl gi utk smbyg Jumaat , masa lain kesibukan dgn perkara duniawi huhu

    ReplyDelete
  13. jam titoni buat masa kini mmg pelik ckit, rege turun berbanding jenama vintage yg laen, rasenyer pembeli tkot pasal byk sgt jam titoni ciplak mahupun spesies franken.

    yg terrornye, titoni ciplak mmg cun melecun sehingga sifu pon x berani kate ianya ciplak.......

    jam franken pulak mmg payah dicam kalo x biaser ngan jenamanya.

    tp pada pendapat saya, jam franken tu istimewa, jam mmg ori tp ori rojak, special la tu

    titoni airmaster 17 jewel pd dail tp guna enjin 25 jewel........x der salahnyer, malah kombinasi cam tu la yg special, hanya tuan punya yg tau keistimewaannya.

    jam diver seiko plak semakin naik rege berbanding usia......lebih2 lg seiko monster special edition.

    br 2 minggu lepas, member i beli jam seiko RED MONSTER limited edition, hanya 1,313 biji di mukabumi.....nego sampai lebam mengelam......RM3,350........2nd hand beb......aduiiii......

    ReplyDelete
  14. Minatjam dan sahabat komentar sekalian. Bagi aku la beli RED MONSTER limited edition tu takda yang istimewanya... cuma limited jeh keluaran dia. Bukan ada special apa pun movement dia. Bagi aku la, sebagai orang lama (ikut korang la kannn)... elok aku beli Seiko movement yang bagus pada harga RM3,350. Jam-jam limited edition Seiko nih sebenarnya untuk "spekulasi" di kalangan peminat Seiko jeh. Lain lah kalau limited edition ada tema tertentu, movement lain dari yang lain... RM3,350 kalau beli jam Swiss rare pun boleh dapat. Yang movement dia lebih bagus dari 7S26 wa ima made in japan sekalipun... pendapat ikhlas dari akuh.

    Aku ingat nak buat artikel pasal "watches investment, Limited Edition, Special Edition".

    ReplyDelete
  15. Sy nak jam yg berlainan movement. Kalau jam pakai 7s26 jual lebih 1k sy takkan beli sbb movement yg sama guna kat jam yg lebih murah.

    Sama gak nasib dgn ETA2824... tak sanggup sy nak beli jam dengan movement tu lebih dari RM5k... rasa tak berbaloi plak... Psl ada jam yg pakai 2824 jual dkt 10k. Huh!

    ReplyDelete
  16. Asmar, jam SINN yang harga riban2... Bell & Ross ribang2 pakai ETA2824 dengan ETA2836... boleh lagi dapat second hand harga lebih kurang sama dengan RED MONSTER LE tu... 7S26 guna kan Seiko 5 RM230... belum tawar lagi. Tak gamak la aku beli Seiko LE kalu riban2. Harga RM3,350 tu bole beli 2 bijik Seiko Diver 6105 yang cun-cun dari Hassan Bekkk Detik12.

    Apa ada pada SEIKO MONSTER? Dia punya LUMIBRITE jeh. Memang best buat menyelam. Aku punya beli tahun 2006 dah hilang ntah ke mana... dimakan Whale Shark kutt... cuma satu je lah 7S26 memang rugged-robust punya movement. murah, tapi timekeeping boleh tahan laa...

    ReplyDelete
  17. Sy minat B&R tu... tp hilang minat lepas tgk spec pakai ETA2824.... hilang minat terus... Haha... Walaupun 7s26 movement dah lama, tp mmg terbukti reliable... sama kes la dgn 2824 tu.. Cumanya bila movement tu kita boleh dpt murah, tp digunapakai kat beberapa jam & jual sgt mahal... bg sy tak berbaloi... sy tak minat beli jam camtu.

    Monster mmg favorite sy. Sy suka design dia, 'lampu' dia, jarum dia , oren dia & sangat selesa di pakai. Mmg berbaloi untuk dimiliki... tp cukup dulu 7s26... Haha

    ReplyDelete
  18. tapi betul la, rasa rugi beli jam yg mahal, tp movement sama dgn harga yg lebih murahh..

    ReplyDelete
  19. tengahari tadi aku tangkap satu jam swiss... Mido late 50s punya re-birth. Mido Multifort... detail military index... guna favourite engine aku... ETA2824-2 antara movement ETA yang paling stabil setakat ni. Sama dengan aku punya Oris dan Fortis. RM1k lebih.

    ReplyDelete