Tuesday, 8 February 2011

@work: Edward A Woldman & Co Swiss Diver

"Sebut pasal jam Swiss Diver kunci, aku teringat kat sebijik jam yang dah lama terbiar dalam junk box aku. Jam ni aku beli lama dah… sampai kat tangan member, balik kat aku. Lastly, aku bikin cantik-cantik. Let go kat collector yang baru berjinak dengan jam vintage. Jual harga bawah kos. Nak bagi motivasi. Jam ni nama dia…"- thetick-thetick

Edward A Woldman & Co
Aku sendiri tak pernah buat kaji selidik wa ima melayari Internet untuk mengkaji asal usul jenama Woldman nih. Yang pastinya ia adalah antara ratusan jenama dari Switzerland (Swiss Made beb!) yang membanjiri pasaran jam tangan vintage. Masih elok. Cuma tu la, case dia bronze based rhodium-plated. Lelama dia luntur. Aku beli jam nih dari seorang kawan penternak jam Seiko dan Swiss yang berjaya bernama Mustapha Yusuf atau gelaran dia Mus Seiko @Superseded. Lama dah aku beli kat dia. Tahun 2007. Ambik walaupun caseback dah luntur. Crown dia lagi laaa... ingat nak buat rhodium-plating kat kedai emas. Ceh! Tukang emas kata rhodium-plating lagi mahal dari buat gold-plating. Aku simpan je lah kat dalam junk box akuh. Malas. Calar pulak dia punya acrylic crystal. Hmmmhhh... jual je lah. Tak lama, lastly aku tukar balik dari buyer jam tuh dengan jam lain, ambik balik jam tuu. Aku pakai sekali sekala. Cantik di mata. Macam dial Omega Seamaster 300. Macam Rolex Submariner pun ada. Saiz 38mm lug-to-luh. Tak la feminine! Itu lah dia jam Woldman Calendar diver kunci.

Nengok nih. Bila aku dah barai-baraikan. Crown dia dah haus, nampak broze base dia. Bezel dia aluminium bebbb... complete tengak bezel rubber ring. Tip top lagi tuuu.

Haaa... enjin kunci. Guna Ebauch Bettlack (EB) 8810 single jewel. Enjin lama tapi bersih.

Dial cantik. Marker dengan hands dah re-lumed. Glow in the dark. Terang bebbb...

Aku polish body, bezel dan acrylic crystal dia yang tebal tuh.

Nengok crown dia. Dah spray dengan autopaint jenama Abro. Naik balik seri diver tahun 70an nih.

Pasang tali oyster dia yang ori. Cantek tali tu bila dah buffed dan polished. Teruja aku nengoknya.

Lepas dah bikin. Kat tangan aku. Macam Omega diver? Rolex Submariner?

Setelah dua tiga hari membikinnya masa cuti raya cina bebaru ni jam tu siap di restore balik. Rasa sayang pulak nak jual. Tapi masa dalam proses nak siapkan aku ada tunjuk gambar separuh bogel jam tu kat sorang collector. Terus dia nak. Aih... okey lah. Aku bikin sampai habis. Bila dah siap aku bagitau collector tuh. Tak sabar dia. So, jumpa daa... Masa jumpa Sabtu petang lepas, hujan lebat, guruh, kilat sabung-menyabung macam cerita hindustan – mamat collector tu tepat masanya jumpa aku. Basah kuyup... kereta dia laa. Collector ni terus tak cerita banyak, hulur al-fulus terus pakai depan aku. Aku jual kat dia memang harga rahsia. Hanya dia yang tahu. Memang murah. Sebagai collector baru, harga special tu aku bagi untuk motivasi dia supaya menjadi penternak jam vintage yang berjaya di masa depan - Mr. Black.

Kat tangan pemilik baru. Cun braderrr... macam Rolex. Kata tuan punya tangan.

Mr. Black, penternak jam vintage yang berasal dari Meru Kelang. Koleksi jam vintage dia okey gak. Dia teropong jam apa tu?

"Banyak lagi tukun-tukun aku rupenya. Nanti kalau aku percuma... free... aku bikin la yang mana boleh. Nak offer kat collector-collector secara direct. Banyak tu tak la. Ada la dalam setengah dozen lagi. Ada sebijik Omega Speedmaster Broad Arrow... hampeh, sampai sekarang takde spare part. Jam Tissot Navigator... aduhhhh bila la nak re-dial. Rolex 6694 - crown stem patah... satu hal la pulak. Hmmhhh... Bullhead tunggu bezel insert. Musim raya korban nanti aku ingat nak jual lah lembu Jepun nih. Apa lagi?... nanti lah. Siap bikin aku publish kat blog nih. Takde masa laa... sibuk cari rejeki pak"- thetick-thetick

6 comments:

  1. pergh, mmg lawa, tak rugi dapat submaseamas ni hehe

    ReplyDelete
  2. Zul, ada sejibik lagi dari Sabah ke Sarawak tak ingat... tapi ada dalam mudah.com brand lain tapi condition boleh tahan. Harga dalam 350 tak salah akuh. Yg Mr. Black punya harga jauh lagi rendah.

    ReplyDelete
  3. lembu jepun asal dr kobe ke? hehehe

    mahal tuu.......

    ReplyDelete
  4. best tgk jam bernyawa kembali camni... ehehe

    ReplyDelete
  5. MinatJam, dah "cemoih" kata orang utara bila cerita bab-bab Seiko Chronograph. Lebih 10 tahun dah aku ngadap 6139 dengan 6138. Nak fokus kat jam Seiko dengan Citizen diver jeh. Swiss... so lombu jopun tu den kiro macam kobau pawah... dan ingat nak jual.

    ReplyDelete
  6. Assalam,mana boleh saya dapat tali ori model ni tuan?

    ReplyDelete