Friday, 11 April 2014

Setahun Sudah Berlalu...

"Setahun sudah berlalu... Februari muncul kembali... Ceh! Macam lagu Alleycats jeh. Dah setahun lebih aku tak post artikel kat blog ni. Maaf saudara-saudara sekelian, sibuk menggagahkan perniagaan sendiri yang sebetulnya macam nak sampai tahap buluh kasap - untung takde modal lesap. Macam meniaga jam lama... kekadang rugi! Alhamdulillah. Rezeki Allah S.W.T. yang bagi... ada, cuma perlu banyak bersabar. Tak la lupa langsung bab-bab horologi ni. Kekadang ke Jakarta jumpa jugak bapak-bapak ahli arloji kat sana. Kat Manila pun kekadang jenguk-jenguk jugak kedai pajak gadai kat tepi-tepi kasino - carik jam branded-ori-murah. Tapi tuu laa, banyak duit abis terbang sana sini carik projek, carik bisnes, tukar golf set!!! Akhirnya, jam-jam yang tak seberapa dalam kotak jam aku berhabuk. Aku pakai jam quartz jeh. Senang, pasal malas nak kunci dan nak goyang gerudi. Hehehe... apa cerita bekkkk! Hassan Detikduabelas tanya... hehehe. Ada... ada... ada... artikel baru. Kebetulan masa dah mula ada nak meninjau balik pasaran jam kat Malaya nih... dan ada modal sikit nak invest beli jam buat review. Haaa... jam apa laa agaknya? Nengok kat bawah nih. Alba Flagship Chrono-calculator. Pakai Seiko Epson Calibre YM62... tengah test." - thetick-thetick



"Orang Minang sebut... goddang jam nih! 48mm! Bukan pada harga tapi memang nampak macho... jam pilot. Yang ada slide-rule calculator. Bila sebut pilot, teringat kat MH370. Semoga Allah permudahkan segala urusan pencarian. Aku sebenarnya perasan pasal Alba Flagship Chronograph ni. Ada yang limited edition. Tapi tak banyak dipamer di ruang-ruang di kedai jam. Dan aku perasan yang YM62 ni bukan Seiko-Alba je yang pakai. Jenama Swiss pun pakai! Hehe... nantikan review pada posting seterusnya." - thetick-thetick

No comments:

Post a Comment