Monday, 5 May 2014

Review [BM]: Alba 'Flagship' 1/5 second Alarm-Chronograph

"Alba! Lama dah aku tak beli jam jenama adik kepada Seiko nih. Tak salah aku pernah beli satu masa dulu. Masa zaman bujang terantang-tang dulu. Mana pergi jam tuu aku pun tak tau. Awal tahun ni aku terserempak dengan member. Perasan kat pergelangan tangan dia ada satu jam yang boleh dikategorikan sebagai jam besor! Tapi menarik pasal nampak memang sporty, chronograph. Ada slide rule!. Laa.. jam Alba. Tapi, tak pernah pulak aku jumpa kat kedai-kedai jam kat sini. Kat kedai-kedai ejen Thongsia pun tak pernah nampak. Member aku beli online dari negara seberang tambak Johor. Nak jadi cerita, kat area rumah aku ada rupenya kedai yang jual species yang di panggil Flagship ni. Bila aku nengok, berkenan pulak. Aku buat research dulu kat Internet. Rupanya pakai movement Seiko Epson YM62. Sama dengan jam Swiss Jacques LeMan F1 yang aku pernah ada. Nengok betul-betul register yang ada kat jam tuuu... ada jam brand taknah dengor harga mahal pun pakai movement ni. He he... sah, Seiko dah ikut jejak Citizen-Miyota. Jual movement jugak... Ye laa, zaman OEM laa katakan. Hennah ko, baca la review ni. Bacaan santai." - thetick-thetick


ALBA ‘FLAGSHIP’ 1/5 SECOND ALARM-CHRONOGRAPH
Spesifikasi species Flagship ni seperti tersenarai di bawah:

Jenama & Model: Alba YM62-X244 ‘Flagship’ Alarm-Chronograph
Movement: Seiko Epson Cal. YM62, Quartz 1/5 seconds Alarm-Chronograph
Battery: SR927W, 3 years battery life
Fungsi:
• Hour, Minute and Small Seconds
• Date, triple date window/aperture
• Alarm, single time alarm, analogue-setting
• Stopwatch, 1/5 second with minute counter, up to 59min 59 seconds, split time measurement
Operation: Crown, 2 chronograph & setting push-piece/buttons
Water Resistant: 10 BAR/100 Meters
Case: Stainless Steel; 52mm lugs-to-lugs, 48mm diameter, 12mm height (incl. case lid)
Inner Bezel: Stainless Steel engraved slide-rule index
Outer Bezel (Slide Rule): Stainless Steel with slide-rule index and measurement marker with acrylic coatings
Dial: Matte black dial, 3 register and triple-open date aperture/window
Case Back: Screw type lid with water-resistant gasket
Crystal: Thick-hardened mineral glass
Strap: Stainless steel bracelet or leather (depends on model)

Nengok crown dengan push-piece button; kemas, protected. Haaa, chrono button tu punya warna lain-lain mengikut model. Sama dengan warna jarum register kat dial.

Jam pilot! Ada slide-rule untuk buat kira-kira, fashion yang dah mula wujud sejak dari zaman Breitling mula buat jam pilot. Manual slide-rule calculator! Luminous-marker jam nih kira standard Alba je lah. Tak seterang Seiko. Adik tiri kutt!? Abang yang lebih. Happa la Jepun nih... kasi standard laa.

Dia punya ‘small second hand’ macam kapalterbang punya ‘flight-level indicator’ laa... macam kapalterbang kan! Tapi dia pusing 60 second ikut pusingan jam. Mau pening pilot kalau terbang cam tuu... he he he jam pilot jet pejuang!? 

Analogue alarm-setting. Macam biasa ku lihat... di mana yah? Biasa laa Seiko Epson YM62. Jam Seiko pakai, jam-jam yang ntahhapa nama pun ada yang pakai movement nih!

Tolong perhatikan ‘inner bezel’ dia. Ada slide-rule index. Betul-betul tepi crystal. Kemas... haaa tu yang aku suka tuu! Gigi bezel tuuu... cam jam diver. Senang pusing-putar pakai jari-jemari, bi-directional.

Ada lekuk kat tepi watch case pada kedudukan pukul 9. Untuk memudahkan jari memutar slide-rule. Nengok dia punya slide-rule. Mantap. Nak kira hapa? Ketinggian? Kelajuan? Minyak? Ikut lbs, ikut liter, ikut gallon... kM/h, hishhh aku pun tak reti. Yang aku tau, slide rule marker tu pusing, point kat jarum minit so bila timing start, dari situ laa kita sukat.

Lugs dia saiz 22mm. Water-proof case lid. Standard Alba, ada logo ombak. Sorry, serial number kena censored.

Haaa... yang ni jenis yang ‘limited edition’. Slide-rule warna merah. Jarum register dia warna merah. Kat chrono-push piece pun warna merah. Harga mahal sikit. Berapa diorang bikin? Aku pun tak tau... tapi limited.

Seiko Epson Calibre YM62. Cam betul-betul ‘configuration’ kat dial tuu... haaa nanti sure ngkorang akan jumpa jenama-jenama lain yang pakai movement yang sama.

Tali ori kulit dia warna hitam. Lagi cunnn... jam yang cun. Tangan tuuu tak cun pasal asyik dipanah mentari masa main golf, he he...

"Bek, santai tak artikel nih? Asyik Seiko jehh. Kasi simpan satu Alba. Alba Flagship. Jam ni kira jam malas. Asal ada bateri, dia jalan. Takpyah goyang-goyang. Takpyah kunci-kunci. Sekali-sekala tukor haribulan, tuu jeh. Koleksi jam malas semakin bertambah. Haa... nanti aku buat artikel pasal jam yang paling malas. Jam analog tau! Bukan jam digital. Tapi kompom paling malas. Unta padang pasir pun takde malas macam dia... jam hapa bek? Tungguuuuu...” - thetick-thetick 

No comments:

Post a Comment