Sunday, 18 April 2010

Teknologi: Seiko - Peneraju Pembuatan Jam Chronograph

“ Tidak sekali memandang kebelakang, pandang kehadapan, bergerak kehadapan walaupun ianya separuh langkah setiap pergerakan, tahu untuk berubah demi menerima perubahan, dan ikhlas.”- Kintaro Hattori, Pengasas Seiko.


Sejak penubuhannya di tahun 1881, Seiko Corporation terus membina reputasi untuk ketelitian(precision), ketahanan (reliability), dan kecemerlangan di dalam memperbaharui teknologi. Meneruskan penerokaannya, Seiko Spring Drive telah dihasilkan dan memenangi pelbagai award untuk penciptaan teknologinya dari segi inovasi dan ‘superior design’ sejak pertama kali dilancarkan pada tahun 2005.

Tahun 2009 pula menyaksikan Seiko melancarkan inovasi terkini dari koleksi jam tangan Spring Drive: Spring Drive Chronograph edisi terhad, jam yang bergaya dengan kerjatangan yang membanggakan dari segi teknologi sukatan (measurement technology). Spring Drive Chronograph kini menjadi model 'movement’ Spring Drive yang ke 5 dikeluarkan oleh Seiko. Dari segi ketepatan (accuracy), is sukar ditandingi mana-mana pengeluar jam Swiss, German, dan Jepun; terima kasih kepada revolusi dan keunikan ‘glide motion’ jarum-jarumnya. Jarum chronograph berhenti di kedudukan yang tepat (precise) apabila butang ditekan, tidak pada indeks yang terdekat dengannya.

SD Chronograph Ananta 2009. Rekabentuk inspirasi dari pedang 'Katana' Jepun.

Movement Spring Drive Chronograph adalah ‘masterpiece’ pembuatan jam mewah - Caliber 5R86. Ia mengandungi 416 bahagian (parts) dan 50 jewels. Ia juga mempunyai ketepatan masa (accuracy) yang menyamai +/- 1 saat sehari! Ia juga di datangkan dengan penunjuk waktu GMT, tarikh, dan 72 jam kuasa simpanan, serta teknologi ‘instant stop function’.

Dengan kepakaran yang lahir sejak 50 tahun dan penerju pembangunan alatan perakam masa sukan, butang operasi chronographnya adalah sangat tepat (precise) dan ‘error-free’. Movement ini menggunakan ‘vertical clutch’ untuk memastikan operasi chronograph berketepatan tinggi (extreme precision and accuracy), dan penggunaan ‘column wheel’ untuk ketahanan dan kestabilan yang maksimum. Rupabentuk jam tangan siri Spring Drive Chronograph menunjukkan ketelitian pembuatannya. Rekabentuknya juga mencerminkan ketelitian pembuatan jam mewah ‘masterpiece’ dengan ‘precision engineering’ yang tidak dapat dinafikan.

Spring Drive Calibre 5R86. Rotor berinspirasikan bilah pedang 'Katana' Jepun.

Dikagumi. Kecemerlangan pembuatan movement ‘automatic chronograph’ gred tinggi ini adalah hasil dari R&D hampir sedekat dan juga hasil dari pelancaran 'Calibre 6139' Seiko di tahun 1969. Walaupun ada automatic chronograph dikeluarkan pada tahun 1969, Seiko adalah pengeluar pertama yang menintegrasikan penggunaan ‘vertical clutch’ dan ‘column wheel’ untuk ketepatan dan kestabilan operasi chronograph. Gabungan fungsi-fungsi di dalam Calibre 6139 telah menjadi satu standard dunia untuk pengeluaran automatic chronograph yang bermutu tinggi, dan kini Seiko sekali lagi telah berjaya menghasilkan Spring Drive Chronograph yang menakjubkan.

Calibre 6139, model Seiko Chronograph yang menguasai pasaran tahun 70an hingga awal 80an. Kini menjadi buruan pengumpul jam vintage Seiko.
Calibre 6139, movement chronograph pertama menggunakan Verticle Clutch dan Column Wheel.

NB: Sila rujuk artikel Seiko vs. Swiss. Ada gambar 'column wheel' pada movement 6139

“Jika anda pengumpul dan peminat Seiko chronograph versi automatic, pastikan anda memiliki model 6139 kerana ‘movement’nya mempunyai sejarah yang tersendiri dan menjadi standard pembuatan jam chronograph dunia sehingga kini. Walaupun datang dan pergi, sekurang-kurangnya saya akan memiliki satu sebagai koleksi.”thetick-thetick.

12 comments:

  1. Mesti mahal gila! berapa harga jam ni?

    ReplyDelete
  2. bobot, harga dia tak sure, murah jeh kalau ada kat PS boutique :-) published price kat Seiko USA lebih kurang US$6,800 tapi limited. Kalu aku beli, ko semelih aku dengan pedang 'Katana'.

    ReplyDelete
  3. Ananta ni memang saya minat. Apakan daya. Harga terlalau tinggi. Kalau mampu memang dah sambar dah...

    ReplyDelete
  4. la kalu hang ada duit belum tentu buleh dapat... hang kena bratoq, lepa buat 50 biji setawun untuk US market, 100 biji untuk Jepun, balance dia caca merba pi Eropah dengan Asia. Orang Singapore dengan Hong Kong ramai dah booking...

    Semua 200 biji tu bukan ananta ja, termasuk siri Spring Drive yang lain... kalu hang beratoq macam kat pejabat pos, luruh bulu betih blum tentu dapat...

    Kita tengok, apakah tauke-tauke jam replica china berani ciplak jam nih... kalu Rolex, launch aja kat Basel Switzerland, 3 bulan lepah dah ciplak n juai kat PS Boutique... Seiko Ananta, sorry lah...

    ReplyDelete
  5. ada org cakap ananta adalah cheaper version of Grand Seiko.

    ReplyDelete
  6. Grand Seiko memang model Seiko yang paling mahal dan cuma untuk Japanese market ataupun satu masa dulu dipanggil "emperor's watch". Ananta ni model untuk international market. Pasal tu harga dia agak murah dari Grand Seiko. Dalam dollar pun cecah ribu-ribuan. Orang Jepun bagi barang terbaik untuk orang Jepun. Jangan cerita Seiko la, aku beli Orient Star made in Japan pun terpaksa berhutang, kirim punya pasal. Nak kau, Orient ada date + power reserve je dah cecah US$1800... kene gi jepun beli pulak tu. Dah tu Grand Seiko GMT punya harga lagi mahal dari Rolex GMT... so jangan tanya la bab harga. Yang pastinya, memang Seiko Ananta punya engin 5R86 so far takde engine lain yang bole challenge.

    Nanti aku buat artikel pasal Grand Seiko... tungguuuuuuuu

    ReplyDelete
  7. still prefer Grand Seiko pasal ananta ada unsur quartz. hehehe personal preference.

    ReplyDelete
  8. ex001... ko sama dengan aku, geng2 "the purist". pagi tadi masa dalam j*mban aku sempat selak aku punya IW magazine. Ada artikel pasal Seiko calibre 8R auto-chrono... nanti aku buat dia punya summary.

    aku "purist" kumpul 6139...1st automatic verticle clutch column wheel chronograph calibre in the world :-P aku panggil jam tu "the silent chrono" pasal apa? ha ha, ni tengah compose dia punya artikel baru...

    ReplyDelete
  9. boleh kot kalau nak panggil purist pun. buat masa sekarang dah ada 1 undecorated & unadjusted grand seiko movement dalam koleksi. mungkin masa depan dapat beli real Grand Seiko. hehehe

    ReplyDelete
  10. exoo1, kalu ko nak beli grand seiko yang made in japan ko beli la kat seiyajapan.com harga riban-riban... aku sekarang nih tengah bodek member aku. nak tukar aku punya ori Explorer I dengan dengan dia punya vintage Grand Seiko 6148 Hi-Beat 36000. Good condition, complete!

    ReplyDelete
  11. Bro

    Aku tengah mengumpul utuk dapatkan SEIKO Black-Monster macam si mat Sarawak tu pakai. berkenan betul aku ni bro.

    ReplyDelete
  12. ane punya koleksi seiko 6139-6002 plate dial warna gold and pepsi basel.All good condition & original.Ada yg minat???? e-mail/call : +6281567856686

    ReplyDelete