Thursday, 22 April 2010

Vintage: Seiko 19,800bph - 36,000bph Movement

“Masa mula-mula aku kumpul jam, jenama Seiko ni aku rasa agak kurrreeeeeng! Kureng mungkin pasal jam Seiko (terutamanya Seiko 5 tuu) tu jam pakcik-pakcik ataupun jam atuk! Jam otai! Tapi, selepas belasan tahun mengenali Seiko melalui pengalaman, kajian, dan forum; aku tertarik dengan Seiko terutamanya Seiko vintage. Macam peminat kereta antik; aku pun nak tau model-model yang ada, yang famous, yang hebat, tip-top,’ rare’, jenis-jenis enjen (engine) dia, dsbg. Jangan sangka besi buruk takde harga! Ada Seiko vintage yang kekadang kita ada duit, tapi tak boleh dapat! Kumpul jam tangan vintage ni ada selera masing-masing. Ada sorang brader tuh, dia jual dia punya Rolex-Rolex, Omega, dan lain top line Swiss vintage semata-mata nak dapatkan Grand Seiko vintage. Kenapa ye?” – thetick-thetick

Jam tangan Seiko vintage memang boleh dibanggakan kerana kepelbagaian movementnya. Dari tahun 1960an sehingga penghujung 70an, tatkala banyak jenama Swiss menggunakan movement buatan AS, ETA dan Ronda; Seiko telah mengeluarkan banyak ‘mechanical movement’. Ketepatan (accuracy) jam tangan Seiko ada yang mendapat pengiktirafan COSC. Ketepatan movement-movement ini bergantung kepada nadinya atau pun ‘balance wheel’ yang memacu pergerakan ‘escapement wheel' (mekasima yang dikenali sebagai ‘regulator') dan seterusnya memacu ‘train wheel’ untuk merakam masa. Balance wheel yang berpusing separuh kiri dan separuh kanan menghasilkan detik atau pun ‘beat’. Beat atau juga dipanggil ‘vibration’ digunakan untuk mengukur tahap kelancaran regulator sesuatu movement.

Antara jenis regulator jam tangan Seiko

Formula perkiraan: beat setiap saat (beat per second) x 60 saat x 60 minit = bph (beat per hour). Ketinggian bps atau bph regulator dan susunan transmission wheel mempengaruhi ketepatan perakam waktu. Mechanical movement jam tangan Seiko keluaran tahu 60an sehingga 70an mempunyai tahap 5.5bps sehingga 10bps. Tahap 19,800bph dan ke atas adalah dikira sebagai High Beat/Hi-Beat. Berikut adalah senarai jenis movement, tahun, siri & model keluaran, dan tahap bps setiap movement (diadaptasikan oleh Mr. Nakahiros, http://www.h4.dion.ne.jp/~smatic/51series/5146/51pmw.html). Senarai ini disusun mengikut tahun dan bulan movement dan model keluaran Seiko.

5.5 (19,800 bph)
1966 Februari
6216A 39 Seiko Weekdated MAWK
1966 March
6245/6245A 35j Seikomatic chronometer calendar
6246/6246A 39j Seikomatic chronometer weekdater
1966 August
5722B 35j Grand Seiko selfdater GSS
5740B 23j Lord Marvel LMK
1967 March
5106A 33j Seikomatic - P 51MW
1967 June
5126A 23j 51 Seiko 5 51-5
1967 September
5139A 27j 51 Seiko 5 deluxe 51-5D

6 (21,600 bph)
1967 May
6106A 21j 61 Seiko 5 deluxe 61-5D
1968 January
5606A 25j 56 LM weekdater
5606A 23j 56 LMW

10 (36,000 bph)
1967 March
5740C 23j Lord Marvel 36000 LM36
1967 September
1944A 25j 19 cal high beat 36000
1968 February
6145A 25j 61 Grand Seiko 61GAC
6146A 25j 61 Grand Seiko weekdater 61GAW
1968 April
6159A 25j 300m diver watch 6159
1968 August
1964A 25j 19 cal Grand Seiko
1968 September
4520A 25j 45 Grand Seiko 45GS
4522A 25j 45 Grand Seiko calendar 45GSC
1968 October
4500A 25j 45 King Seiko 45KS
4502A 25j 45 King Seiko calendar 45KSC
1969 April
4502A 25j 45 King Seiko chronometer 45KCM

8 (28,800 bph)
1968 October
5625A 25j 56 King Seiko calendar 56KAC
5626A 25j 56 King Seiko weekdater 56KAW
1969 April
5605A 25j 56 King Seiko chronometer calendar 56KCM
5606A 25j 56 King Seiko chronometer weekdater 56KCW
1969 September
5146A 30j 51 Presmatic 51PMW 27j
1970 August
5645A 25j 56 Grand Seiko calendar 56GAC
5646A 25j 56 Grand Seiko weekdater 56GAW
1970 November
5206A 25j 52 Lordmatic special 52LMW
1971 March
5245A 25j 52 King Seiko calendar chronometer 52KCM
5246A 25j 52 King Seiko weekdater chronometer 52KWM

6146A, movement 36,000bph keluaran Seiko digunakan untuk model Grand Seiko Hi-Beat 36000

10 comments:

  1. berapa ek seiko spring drive sekarang?

    ReplyDelete
  2. Ko check kat Seiyajapan dgn Huguchi. Boleh tgk harga ka situ

    ReplyDelete
  3. aku kalau nak buat ultimate collection, aku carik Grand Seiko Hi-Beat 36000 vintage yang pristine condition...pure mechanical, the purist... tengah kecek nak tukar aku punya rolex explorer I ori dengan member aku. spring drive ni ada alatan electronic - magnetic yang kontrol balance wheel tu... exoo1 sure setuju.

    ReplyDelete
  4. duniajam, kat seiya dengan huguchi tu harga tak termasuk shipping + insurance!!! ha ha, brapa lagi lak nak tambah...

    ReplyDelete
  5. ya setuju. kena pure mechanical Grand Seiko and kalau boleh yang ada singa kat caseback hehe. tapi kalau takda singa, tsunami pun ok dah.
    6159 adalah movement yg diimpikan dalam koleksi. mungkin tak kan kesampaian kot. sekarang berpuashati dengan cal.8L35. base grand seiko jugak la kalau tak silap.

    Grand Seiko jugak ada keluarkan model high end quartz. Antaranya model SBGF017 dengan movement GS 8j56 8030. Nak jumpa yang ni pun susah apa lagi Grand Seiko hi-Beat 36000 tu hehehe.

    Grand Seiko line bukan digilai sebab movementnya saja tapi sebab finishing dial serta komponen lain2nya. setaraf high end swiss wristwatch kalau pun tak lebih. setiap satu jarum2 serta hour markernya biasanya ditrimmed serta polish to perfection. boleh tenung berjam2 tanpa jemu rasanya.

    thetick-thetick, tak sayang ke dgn explorer 1 tu. rolex cal. 3130 dlm tu pun bukan calang2 movement jugak. tambahan pulak explorer 1 36mm dah diberhentikan pengeluarannya tahun ni.

    ReplyDelete
  6. rolex bole cari, ada duit berlambak kat Singapore. murah dari kl. nak murah lagi drive sampai jb, naik teksi gi Singapore. kat People's Park second hand murah. grand seiko hi-beat 36000 vintage yang 'pristine condition' cari la kalau ada? E1 aku tuh aku bukan beli pun, kontra, pasal ada member sesak duit. lepas 2 tawwun tak bayar dia mengalah... so E1 dia jadi mangsa. ha ha. anyway, kalu rolex, aku punya ultimate ialah Submariner before 2002 punya model. disintegrated bracelet. very masculine untuk 'wrist' aku yang kecik.

    ReplyDelete
  7. Disingrated bracelet?? kurang paham istilah ni.

    ReplyDelete
  8. shoulder dengan bracelet tak sambung... production 2002 onwards bracelet dengan shoulder bersambung (integrated)

    ReplyDelete
  9. shoulder?? Lug ke? saya punya 14060M no date sub ni masih mengekalkan disintegrated bracelet. Mungkin date sub pakai integrated bracelet. Org panggil Solid End Link jugak.

    ReplyDelete
  10. nk tnya seikomatic-p tergolong dlm enjin seiko berkualiti tinggi jgk ke??

    ReplyDelete