Monday, 11 October 2010

Pendapat: Vintage Chronograph – Seiko vs Citizen

“Seiko Bullhead, Seiko Monaco, Seiko Calculator, Seiko UFO… Citizen Bullhead, Citizen Mickey Mouse… apa lagi? Macam-macam gelaran peminat chrono-vintage bagi kat jam-jam keluaran dua ekor raksasa Jepun nih ”- thetick-thetick.

1970an Trend Jam Tangan Sports
Tahun 70an merupakan era jam tangan Sporty. Pengeluar dari Switzerland dan matahari terbit berlumba-lumba mengeluarkan jam-jam tangan yang versatile dan sporty. Boleh dipakai ke pejabat dan santai. Jam-jam tahun 70an memang bulky dan meriah dengan warna-warni pada jarum jam, dial, bezel dan hour-marker. Kebanyakannya menggunakan tali besi dan crystal daripada kaca tebal. Jam tangan chronograph merupakan jenis yang begitu popular sejak bermulanya perubahan radikal jam-jam tangan sports pada penghujung tahun 1960an.

Jam Tangan Sports 70an – Bulky and Colorful

Chronograph Mekanikal: Pengeluar Switzerland dan Jepun
Kebanyakkan pengeluar-pengeluar jam tangan chronograph mekanikal dari Switzerland di tahun 60an dan 70an bergantung kepada movement Venus, Valjoux, Leonidas, Lehmania, Zenith El-Primero, Le-Joux Perret, dan ETA. Sebagai contoh: Rolex Cosmograph menggunakan Zenith El-Primero, Omega menggunakan Lehmania, dan Heuer (kini TAG Heuer) membangunkan in-house chronograph movement bersama Leonidas (Heuer-Leonidas). Di negara matahari terbit, Seiko dan Citizen turut serta membangunkan in-house movement sendiri. Berbanding Citizen dan pengeluar dari Switzerland, Seiko adalah pengeluar yang paling banyak mencipta dan mengkomersilkan movement chronograph mekanikalnya seperti caliber (CAL) 45899, CAL5717, CAL5718, CAL5719, CAL6138, CAL6139, CAL7015, CAL7016, CAL7017 dan CAL7018. Sejarah turut menyaksikan Seiko sebagai peneraju penggunaan "Vertical Clutch Column Wheel" chronograph yang menjadi ikutan (dan standard) pengeluar-pengeluar movement chronograph mekanikal sehingga kini. Di era 80an, Seiko dan Citizen bersaing sengit antara satu sama lain dari segi pengeluaran chronograph quartz dunia di mana pengeluar Swiss hanya bergantung kepada ETA dan Ronda.

Seiko dan Citizen Chronograph 70an – Satu Perbandingan
Secara umumnya jurang perbezaan antara Seiko dan Citizen memang besar. Citizen lebih mirip kepada pengikut (follower) manakala Seiko lebih kepada peneraju (leader) dalam pembuatan jam-jam tangan. Orient, di tangga ketiga turut menuruti jejak langkah Seiko dan Citizen dalam mengharungi pasaran jam tangan dunia. Dari sudut teknikal dan komersil; Citizen, walaupun dibayangi kekuatan Seiko turut bersaing secara tersendiri di dalam pembuatan jam-jam tangan chronograph. Berikut, satu analisa yang telah saya buat terhadap kedua-dua pesaing kuat dari negara matahari terbit ini.

1. Kekuatan Jenama
Dari segi kekuatan jenama (brand) di pasaran, Seiko lebih menyerlah berbanding Citizen. Seiko, dengan kepelbagaian model dan peneraju pasaran jam tangan sports ketika itu bukanlah saingan Citizen malah pesaing kuat jenama-jenama handal dari Switzerland.

2. Pioneer Model – Silent Chronograph
Seiko lebih awal mengeluarkan model chronograph mekanikal menggunakan CAL45899. Model Seiko CAL45899 yang merupakan jam tangan "single pusher hand-winding chronograph" adalah hasil ikutan trend yang dicetus oleh pengeluar-pengeluar dari Switzerland. Di keluarkan di sekitar penghujung 1950an, model CAL45899 adalah chronograph mekanikal tanpa "sub-second" dan digelar sebagai "silent-chrono". Penggunaan sub-second adalah standard kepada pengeluar Swiss dari dahulu sehingga kini. CAL45899 seterusnya dibangunkan dengan "chronograph recorder mechanisme" yang lebih baik pada siri CAL5717, CAL5718, dan CAL5719 di sepanjang awal 1960an. Seiko mula menggunakan "tachymeter" pada CAL5718. Berbanding Seiko, Citizen turut mempunyai pioneer modelnya – model 63-XXXX yang mula dipasarkan pada penghujung tahun 60an. Juga silent-chrono, model Citizen menggunakan 2 pusher (push button) dan lebih canggih dari segi paparan dial, marker, side rule dan bezel. Namun begitu, model siri 63 tiada calendar.

Silent-Chrono: Seiko 5717 - Single Pusher dan Citizen 67-9119 - Double Pusher

3. Chronograph Register dan Rekabentuk Jam Tangan
Perubahan radikal jam tangan sports di penghujung 1960an menyaksikan Seiko dan Citizen mula bersaing secara terus dari segi rekabentuk. Tetap dengan konsep silent-chrono, Seiko dan Citizen mula mengeluarkan model two-register (atau two-counter) dan three-register chronograph tanpa sub-second.
Konfigurasi yang sama. Mana bagus?

Citizen (model 63-0314) lebih awal menggunakan side rules untuk kegunaan sukan Rally berbanding Seiko 5 Sports Speedtimer (model 7017-6050).

Seiko CAL6138 dan CAL6139 tidak banyak bezanya dari segi luaran berbanding model Citizen 67-XXX. Trend yang serupa, namun untuk menukar tarikh, jam tangan Seiko hanya perlu ditekan crown. Citizen menggunakan winding stem.

Peminat dan pengumpul jam tangan chronograph vintage menggelar rekabentuk chronograph di mana pusher dan crown diletakkan di kedudukan antara 11 hingga 1 sebagai "Bull head". Ini adalah kerana ia mirip kepala lembu. Seiko, Citizen, dan Bulova (jenama Swiss) mempunyai rekabentuk Bullhead 3 register yang hampir sama. Ada juga jenama Swiss yang mengikut rekabentuk yang sama. Di kalangan peminat Citizen, model 67-9011 dan 67-9020 yang mempunyai rekabentuk yang sama memanggilnya sebagai Mickey Mouse memandangkan saiznya yang agak kecil sedikit. Masing-masing, Seiko dan Citizen mempunyai signature model yang tersendiri.

Laga lembu. Yang kanan (Citizen 67-9356) lebih sukar didapati.

Citizen Mickey Mouse model 67-9011 dan 67-9020

Dari segi keunikan rekabentuk luaran dan movement, Citizen akur akan keupayaan Seiko mengeluarkan "combo-register" melalui model CAL7016. Bahkan penggunaan combo-register hanya terdapat pada jam tangan Seiko manakala pengeluar-pengeluar Swiss masih meneruskan tradisi sub-second dan "multi-register".

Seiko 7016-5020. Combo Register yang jarang ditemui.

Info: Main dial adalah merupakan register nombor 1 (main register) untuk rakaman masa dalam saat, register kedua adalah untuk rakaman masa 30 minit, dan register ketiga adalah untuk rakaman masa 12 jam. Ada juga combo-register di mana 30 minit dan 12 jam disatukan seperti model Seiko CAL7016. Two-register (2R) dan three-register (3R) adalah konfigurasi perakam chronograph yang biasa kita temui pada jam tahun 70an.

4. Chronograph Movement
Memang Seiko mempunyai rangkaian movement chronograph yang banyak berbanding Citizen. Namun dalam pada dibayangi oleh Seiko, Citizen adalah lebih baik! Kenapa? Kita tolak tepi populariti jenamanya. Movement Seiko yang paling mendapat sambutan adalah CAL6138-3R sementara Citizen adalah CAL8110-3R. Apa bezanya?

Seiko 6138B dan Citizen 8110A. Citizen regulator (gambar Kecil).

Ini bukannya perbandingan secara umum. Sebagai benchmark, jika dibanding kedua-duanya movement ini:

• Movement finishing: Seiko Stainless SteelCitizen Stainless Steel Nickel Plated
Recorder Wheels: Seiko Stainless Steel Citizen Stainless Steel Cupro-nickel Plated
Jewels: Seiko 21 jewelsCitizen 23 jewels
Regulator: Seiko Centre-bridge designCitizen L-bridge design
Regulator Beat: Seiko 5bps (18,000bph)Citizen 6bps (21,600bph)

Info: Movement Zenith El-Primero Chronograph (3R + sub-second) adalah satu-satunya yang mempunyai nadi 10bps (36,000bph). Movement lain dari ETA, Valjoux, Lemania dan La-Joux Perret hanya pada tahan 8bps (28,800bph). Kerana itu jam tangan vintage chronograph Swiss yang menggunakan movement-movement ini lebih mahal berbanding Seiko dan Citizen. Lagi tinggi tahap bps/bph, lebih tepat rakaman chronograph (chronograph record).

Kesimpulan
Memang Seiko peneraju jam sports di tahun 70an, pesaing kuat kepada pengeluar Swiss di pasaran jam tangan sports. Seiko adalah pengeluar in-house chronograph mechanical movement yang paling banyak di dunia dan menerajuinya sehingga kini. Model-modelnya yang dipelbagaikan dengan pengenalan movement-movement baru yang lebih canggih dan accurate memang sentiasa mendapat tempat di kalangan pengumpul-pengumpul jam tangan chronograph. Citizen, walaupun agak terkemudian bukanlah calang-calang pesaing. Movementnya lebih bagus dari Seiko. Namun kerana populariti jenama Seiko dan kepelbagaian model di pasaran 70an, Citizen agak kurang diminati. Kini, di pasaran jam tangan vintage, model Seiko mempunyai nilai yang lebih tinggi. Pada pendapat saya, ini adalah disebabkan populariti jenama. Jika dibandingkan dari segi teknikal, Citizen lebih bagus movementnya. Lihat saja pada model Bullhead; bergantung kepada kondisi, harga Seiko lebih mahal berbanding Citizen Bullhead. Model Citizen Mickey Mouse yang menggunakan movement 8110A walaupun lebih bagus dari segi teknikal namun dinilai agak rendah berbanding Seiko 6138-Bullhead. Padahal dari segi ketepatan rakaman masa (time-recorder), regulator Citizen pada tahap 6bps lebih bagus dari Seiko yang hanya pada 5bps.

Seiko 6139-7002 c1973 – 30 minutes register with 1/100th of minute side rule. Aku punya favourite.

“Lumrah. Jam vintage jenama popular lebih bernilai tinggi berbanding model yang entah hapa-hapa punya nama. Kurang glamour kuttt… Ikut minat. Ramai minat pada jenama. Minat pada model. Yang penting adalah ketepatan (accuracy) recorder sesuatu chronograph movement. Jadi, yang mana satu korang suka?...patukan krononya harus akurat pak! Komen sahabat arloji aku dari Kebayoran Baru, Jakarta.” Pendapat aku – thetick-thetick

8 comments:

  1. Pernah diri ini cuba menyukai Citizen Mickey, namun jodoh tidak berjumpa..... pelbagai kaedah & cobaan tidak membuahkan hasil.... diriku tertanya2 kenapa????..... tiada jawapan yg diterima... hmmmm... mungkin jam tu tak minat diriku agaknya..... diriku kemurungan.....

    Agaknya mmg benar juga pendapat jam mencari tuan & bukannya tuan mencari jam..... hmmm....

    ReplyDelete
  2. dulu aku ada 1 Citizen Bullhead (bukan Mickey Mouse) beli dalam 1,200. nak pakai duit, juai 2,100...amacam? okey dak? tapi, la ada duit pun takble nak dapat... mickey mouse ada.. stakat di amcorp mall pj. tiap2 hari ahad sure jumpa. yang Bullhead? potong kepala lembu pun belum tentu dapat...

    ReplyDelete
  3. Sukar nak kata Seiko kurang berbanding Citizen. Walaupun Citizen memiliki movement yg lebih baik. Sama jugak, walaupun kereta Nissan lebih baik dari Toyota (kajian yang dibuat di Eropah), tetapi jualan Toyota lebih tinggi berbanding Nissan.. Kdg2 jenama, kepelbagaian & rekabentuk luaran lebih menarik minat pembeli berbanding kehebantan dalaman..

    Pendapat saja..

    ReplyDelete
  4. suka jam. Memang betul. Jenama penting, penting untuk jualan. Kualiti, hanya pengguna yang tahu. Macam jugak Rolex GMT dengan Seiko GS GMT. Seiko GS GMT lebih bagus dari Rolex GMT. Kerana jenama Rolex lebih tinggi martabatnya, jualannya lebih tinggi dan lebih diminati. Begitu juga di awal 80an. Zodiac lebih bagus dari TAG Heuer, namu TAG Heuer lebih diminati. Bergantung kepada kita, pengguna, collector, dan admirer... tepuk dada, tanya selera.

    ReplyDelete
  5. Dulu masa nak beli keta, dok minat Honda Civic sejak zaman belajar lg. Mmg keja nak beli. Tp masa keja pakai Myvi ja. Haha...

    Masa beli Myvi tu pun sbb abah & mak minat. Depa takleh beli dah psl nak pencen. MMg beli utk depa la. Minat masih kat Civic. Abah tunjuk Nissan Latio dlm paper.... punyalah kutuk rapat keta tu. Huduh pait. Lg pun Nissan tak minat pun psl benda2 yg dok kata tu la....

    Pastu Grand Livina keluar. Teringin nak pi tgk psl GL MPV jepun paling murah. Bukan nak beli tp saja nak ushar MPV. Pi la tgk GL. O.... ini la GL. Ok la.... Latio ada sebelah.... tak teringin pun. Tp dah alang2 kat situ, tengok aja lah.... masuk ja keta tu..... hilang semua apa yg dianggap sebelum ni.... mmg betuila... dun judge a book by its cover....... tarik balik semua kata2 dulu. Hahaha.... Pi test Honda, Toyota, Mtsubishi lepas tu.... takmau dah yg lain walau betapa seller racun amik keta dia & kutuk Nissan......

    Nak jenama atau kualiti?..... pilihlah kualiti sbb anda takkan silap....

    ReplyDelete
  6. Apa beza Guess, Nautica, Orient, Casion dengan Citizen Quartz Analogue-Chronograph? Jenama!!!! Movement dia sama jeh... Miyota. Aku baru jumpa, Casio Edifice assembled in China pakai Miyota. Kat kedai RM1,100++. Aku dapat dari Hong Kong, tarak box, RM180... sama, tapi tak serupa! Yang ori Casio Edifice pun memang assembled kat China.

    ReplyDelete
  7. Hmmm... Tipah tertipu bang... Huhuhu....

    ReplyDelete