Friday, 22 October 2010

Tips: Bagaimana Nak Manual Tune Seiko Anda?

Tuning atau Regulating
Tuning atau Regulating adalah terma yang digunakan untuk ‘adjustment’ pada ‘regulator’ sesebuah jam tangan. Tujuannya adalah untuk memastikan jam tangan berjalan dengan tepat atau hampir tepat. Jam tangan yang mendapat certification C.O.S.C. atau Chronometer Certified memerlukan movement jam diadjust pada 5 posisi (adjusted in 5 position) dalam suhu panas (heat) dan suhu sejuk (cold). Jam tangan berjenama dan mempunyai pengesahan C.O.S.C. berharga agak mahal. Kebanyakan movement jam-tangan yang bukan chronometer certified hanya ditune pada kedudukan ‘face-up’ semasa di akhir process pengeluarannya. Oleh itu ada sebahagian movement pada jam dicetak dengan perkataan ‘unadjusted’.

Kesan Graviti, Medan Magnet, dan Suhu
Tarikan gravity, tarikan medan magnet, dan suhu persekitaran mempengaruhi pergerakan balance wheel pada sesebuah jam tangan mekanikal. Balance wheel yang bergantung kepada hairspring yang halus akan bergerak pada separuh putaran kiri dan separuh putaran kanan (half-revolution) untuk menggerakkan escapement wheel bagi memacu masa dalam kiraan saat. Seterusnya gear saat akan memacu gear minit dan kiraan jam. Kesan tarikan graviti ada kalanya menyebabkan balance wheel bergerak laju atau perlahan. Begitu juga tarikan magnet di persekitaran kita. Suhu panas atau sejuk turut mempengaruhi hairspring yang halus – mengembang dan menguncup. Ini semua memberi kesan kepada ketepatan sesebuah jam tangan (accuracy).

Regulator Jam Tangan Seiko
Bergantung kepada jenis movement, Seiko mempunyai dua-tiga jenis regulator yang biasa kita temui. Untuk model high-end dan Chronometer Certified (sebahagian dari model GS vintage), kebanyakkan regulatornya di tanda S untuk Slow dan F untuk Fast pada 'regulator index'. Ada tuning fork diintegrasikan pada balance wheel untuk memudahkan jam ditunekan. Untuk kebanyakan model medium-end dan low-end seperti Seiko 7S26, regulatornya hanya di tanda – (untuk perlahan) dan + (untuk laju). Tiada tuning fork atau regulating lever pada indeks.

Pelbagai jenis regulator jam tangan Seiko

Bagaimanakah Cara Untuk Tuning/Regulating Seiko Anda?
Mudah saja, hantar ke kedai jam dan minta sifu-sifu di sana tuning untuk anda! Cara mudah, memang mudah. Tetapi, sifu-sifu atau pembaiki jam tangan harus ada inductive pick-up yang mempunyai amplifier dan quartz oscillator (dipanggil Vibrograf Machine) untuk mengetahui kiraan detik (atau beat) pada regulator sesebuah jam tangan. Ini akan memudahkan jam ditune untuk menjadi lebih tepat (accurate). Electro-inductive pick-up device ini ada pelbagai jenis dan yang paling murah boleh didapati dari jenama buatan China. Ia membolehkan frekuensi (frequency in hz) pada regulator dikira pada tahap bps, bpm, dan bph. Dengan membuat adjustment pada regulator, kiraan detik pada jam tangan boleh dipadankan mengikut tahap regulator sesebuah movement:
  • 5bps (2.5hz) – 18,000bph
  • 6bps (3hz) – 21,600bph
  • 8bps (4hz) – 28,800bph
  • 10bps (5hz) – 36,000bph
Info: Untuk kiraan frequency hz, jumlah beat dibahagi dengan dua

Kebanyakan jam tangan ditune pada kedudukan 'face-down' di mana belakang atau enjin jam boleh dilihat bagi membolehkan movement adjustment. Untuk mendapatkan accuracy pada satu posisi (face-down) bukan lah mudah kerana apabila dipakai, jam tangan masih terdedah kepada tarikan gravity mengikut kedudukan jam dan tangan si pemakai. Oleh itu, pada kedudukan face down, +/- beberapa saat sehari adalah memadai jika tidak melebihi 15 saat. Apabila dipakai, ada kemungkinan jam akan perlahan atau laju selama beberapa saat sehari.

Vibrograf Machine buatan Switzerland.

Jam pada kedudukan 'face-down' di atas pemegang amplitude detector pada Vibrograf

Bagaimana Tuning Tanpa Alatan Di Atas?
Nak beli Vibrograf atau alatan sepertinya? Mahal dan tak berbaloi! Ada yang murah, Made in China. Perlukah kita ada satu? Tepuk dada tanya selera. Namun, kita boleh tuning jam-jam tangan kita guna cara ‘manual tuning’. Tidak kira Seiko mahupun jam-jam tangan jenama lain, prinsip yang digunakan adalah sama.
  • Semakin panjang/kembang hairspring pada kedudukannya – semakin perlahan pergerakan tik-tok regulator
  • Semakin pendek/kuncup hairspring pada kedudukannya – semakin laju pergerakan tik-tok regulator
  • Indeks + atau F/Fast menandakan tahap kelajuan balance wheel (hairspring pendek atau kuncup)
  • Indeks – atau S/Slow menandakan tahap perlahannya balance wheel (hairspring dipanjangkan atau kembang)
  • Panjang atau pendeknya sesebuah balance wheel bergantung kepada jarak antara 'hairspring stud' dengan regulating lever.
Tuning Secara Manual
Step 1 – Pastikan anda mempunyai satu jam analogue quartz atau digital quartz. Ini adalah untuk merakam perjalanan waktu jam yang hendak ditune berbanding dengan jam quartz yang lebih tepat dan konsisten.
Step 2 – Gerakkan regulating lever* mengikut arah kanan atau kiri pada paksi lever dan berpandukan indeks regulator + atau -. Jika dilihat pada gambar di bawah. Arah laju (+) dan perlahan (-) adalah bertentangan. Gerakkan lever sedikit ke kanan atau ke kiri bergantung kepada tahap berapa perlahan atau lajunya jam tangan anda sebelum ini. [* - gunakan tweezer, guna 'watchmaker loupe' atau kanta jika perlu. Pastikan hairspring tidak kena hujung tweezer kerana ditakuti akan merosakkannya/bengkok]
Step 3Pastikan hairspring stud tidak dialihkan kedudukannya kerana ia akan menyukarkan untuk regulator diadjust walaupun berpandukan indeks yang ada pada regulator. Melainkan anda mempunyai Vibrograf.
Step 4 – Ambil screwdriver saiz yang bersesuaian dan putarkan screw pada stock atau mainspring barrel mengikut jam untuk beberapa pusingan (maksimum 7 pusingan) supaya barrel boleh memacu pergerakan jam tanpa mengerakkannya (untuk jam automatik). Dengan cara ini jam akan dikunci secara manual (manual winding) dan bergerak selama beberapa jam.
Step 5 – Rakam waktu jam yang ditunekan mengikut jam quartz. Pastikan berbezaan dalam kiraan saat direkodkan. Sebagai contoh, 5 saat cepat setelah jam disynchronize jika jam mekanikal tiada fungsi 'hacking'. Jika boleh hacking, pastikan jam disynchronize tepat dengan jam quartz
Step 6 – Tutup dan biarkan jam tangan yang sudah ditunekan di atas meja pada kedudukan face-up. Selepas 2 atau 3 jam, lihat perbezaan waktu berbanding jam tangan quartz. Jika perlahan atau cepat, tune semula.
Step 7 – Ulang step 5 dan 6. Jika hasilnya +/- 15 saat, accuracy boleh di terima.
Step 8 – Ulang step 5 dan pakai jam di tangan selama satu hari sekurang-kurangnya. Selapas lebih 24 jam atau satu hari, lihat perbezaan masa berbanding jam quartz. Jika +/- 10 saat, accuracy boleh diterima. Jika perlu, tune semula.
Step 9 – Selamat mencuba.

Gambar: Seiko Movement 7S26

"Nak kena practice selalu baru boleh mahir. Kena la sabar dalam mempraktikkan ilmu. Kalau tak sabar, hantar aje ke kedai jam. Biasanya manual tuning mengambil masa dua atau tiga hari. Dapatkan accuracy dalam +/- 15 second memadai untuk jam-jam otai/vintage. Kalau timing tetap terlalu laju atau perlahan, ada kemungkinan jam tangan anda perlu dioverhaul disebabkan masalah pada barrel dan transmission wheel. Ataupun, balance wheel dan hairspring jam tangan anda sudah rosak. Jangan sekali-kali rosakkan/bengkokkan hairspring pada balance wheel - nanti jam and jadi spare part - kalau tak ada spare part!!! Jangan sekali-kali adjust hairspring stud, naya kang! Aku pernah kena sekali. Akhirnya sifu aku di Y.K. Fong (dulu Rainbow Watch) Ampang Park yang tune balik... dah kene keluar fulus. Selamat mencuba." - thetick-thetick

12 comments:

  1. Beekk, bagus betul artikel hang... penulisan selamba tapi penuh gaya!

    ReplyDelete
  2. Dulu pernah buat kat Oris psl lambat sgt. La ni boleh terima dah peredaran masanya. Srg ni ada 2 jam br siap servis. Tgh dok adjust timing. Tak dpt2 lg. Makan hari rasanya. Hehe

    ReplyDelete
  3. kalau taknak bayar, sendiri bikin la, lama2 boleh jadi expert... expert yang penyabar

    tapi, kalau hairspring bengkok, bertahun korang tuning pun belum tentu wokey, so jejaga kat harispring tuh...

    ReplyDelete
  4. Ada satu soalan bermain diminta....

    Andai kata kita adjust regulator tu sampai max... samada max untuk + atau - ,.... tp jam tu tetap laju.... adakah hair spring problem?

    O... ada 2 soalan rupanya..... hehe...
    Apakah penunjuk kerosakan mana bahagian jika jam tu terlalu lambat atau pun terlalu laju? Jika jam terlalu lambat atau terlalu laju, adakah disebabkan oleh hair spring itu sendiri? Ataupun kalau laju, sebab lain.... slow sgt sebab lain?

    Byk la pulak soalan.... hehehe... la ni tgh dok buat ujikaji. Kena tanya expert nak tau lebih lanjut. Tq

    ReplyDelete
  5. Biasanya kalau regulator terlalu cepat atau perlahan... kena bukak seluruh regulator mechanisme termasuk balance wheel bridge, hairspring stud & hairspring, kasi overhaul. Tapi alang2 bukak regulator, elok kasi overhaul semua sekali!!!!

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba buat pasni. Hehe... Tq bro.

    ReplyDelete
  7. Kawan saya ada jam seiko yang tak jalan. Mungkin sebab jatuh terhentak. Agak-agak, apa yang rosak kat jam tu? Kat mana boleh nak repair. Kat sini Mukah sarawak payah la, ingat kalau ada service hantar jam pakai pos ok jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hantar ke sini.. saya dh hantar untuk Tuning, jam saya lewat 5 minit. everything ok. charge dlm RM45 je.

      http://www.facebook.com/kedai.jam.355?ref=tn_tnmn

      Delete
    2. Aku hantar tuning kat kedai sifu aku... Y. K. Fong Ampang Park, Kuala Lumpur... bagi je la kat sifu aku RM5 atau sekotak rokok. Kalau aku... jangan tanya laa, sifu buatkan free jeh... he he

      Delete
  8. Suka Jam, kat KL ni aku hantar kat 1 tempat je yang aku percaya - tempat sifu2 bekerja. Y.K. Fong kat Ampang Park (nama lama Rainbow Watch)... yang lain aku tak brapa nak hantar pasal banyak kali dah terkena. Kalau sikit2 punya hal aku repair/servis sendiri. Tapi almaklumlah, sekarang meniaga sendiri mana ada masa...

    Jam rosak ni ada banyak sebab. Kalau jam lama biasanya mainspring/barrel dengan transmission wheel sangkut...tu yang jam sekejap jalan, sekejap kojol. Kalu laju sangat, pelan sangat... regulator punya hal. Tak jalan langsung? Biasanya mainspring dengan transmission wheel dia memang dah stuck... kalau satu 'gigi' wheel tu patah, boleh jem semua!!!

    ReplyDelete
  9. Sukajam, aku ada berita baik. Aku dengan member lama satu guru - Mr. Andy (Mr. Chronograph) nak offer "watch cleaning & servicing" via POS. Aku tengah cuba establish mekanisma macam mana nak handle servis ni kekalau ada yang nak. Harga pasti rendah pasal aku dengan Andy buat kat rumah sambil-sambilan. Aku plan nak bagi 6 bulan warranty. Ahad ni aku akan diskus dengan dia.

    ReplyDelete
  10. Wah, bagusnya.. sangat diperlukan ketika ini.. Ada satu jam saya ni sangat perlu repair, service & cleaning via pos memandangkan saya tak ada masa nak pegi Sibu untuk hantar jam.. Sayang nak jual jam ni.. thanks kerana idea hebat ini..

    ReplyDelete