Wednesday, 6 October 2010

Tips: Berapakah Umur Jam Tangan Vintage Anda?

"Berapa umur jam tangan kita? Ini soalan yang sentiasa ditanya oleh pengumpul-pengumpul jam tangan vintage dan antik. Ada jenama yang mudah untuk dikenal pasti umurnya namun secara umumnya agak sukar. Bagaimana mengagak umur jam-jam ni?"- thetick-thetick.


Umur Jam Tangan Vintage, Mengapa Sukar Ditentukan?
Ada beribu-ribu jenama dan pengeluar jam tangan wujud sejak terciptanya jam poket dan kemudiannya jam tangan. Sejak dari kurun ke 16 di sekitar tahun 1700! Sebagaimana dinyatakan di dalam artikel sebelum ini, tahun 1920an merupakan tahun transformasi dari jam poket kepada jam tangan. Model transformasi ini dipanggil 'transition model'. Untuk mengetahui umur jam tangan kita secara tepat memang sukar kerana kebanyakan pengeluar-pengeluar jam tangan tidak menerbitkan (publish) jadual-jadual atau senarai siri pengeluaran jam tangan mereka kepada umum. Kalau ada pun, terlalu sedikit. Artikel ini hanya memfokuskan jam-jam tangan vintage dari tahun 1920an sehinggalah tahun 1970an, bagaimana kita mengenalpasti umurnya.

Nombor Model, Siri, Movement, dan Tahun Pengeluaran
Pembuat-pembuat jam tangan dari Switzerland (Swiss) mempunyai cara mereka sendiri bagi menentukan umur jam-jam keluaran mereka. Secara umumnya pengeluar-pengeluar jam Swiss mempunyai siri-siri model keluaran mereka. Setiap model mempunyai nombor siri (model serial number) bagi menentukan tahun pengeluaran. Sebagai contoh, Patek Philippe menggunakan Reference No bagi setiap barisan model-model keluarannya. Di samping nombor model, nombor siri movement (movement serial number) juga menentukan tahun pengeluaran sesebuah jam tangan. Ini diguna pakai oleh Omega dimana umur keluaran sesuatu jam tangan itu dapat dirujuk pada nombor siri pada movement plate. Rolex, jenama terkenal dari Geneva Switzerland pula menggunakan serial number pada casing (pada lugs) jam tangan bagi mengetahui tahun pengeluarnya. Jam tangan Seiko mulai keluaran tahun 60an sehingga sekarang mempunyai kod nombor siri di caseback yang mudah untuk dikenalpasti tahun pengeluarannya. Bagaimana menentukan umur jam-jam tangan yang lain? Agak sukar untuk mengenalpasti secara tepat jika pengeluar sendiri tidak menerbitkan rujukan-rujukan untuk menunjukkan tahun-tahun dan model keluaran mereka. Namun begitu, kita boleh mengagak umur sesuatu jam vintage dengan melihat pada trend dan gaya (style) pembuatannya.

Omega Vintage, nombor siri pada movement plate (dalam bulatan) menentukan tahun jam tangan dikeluarkan.

Trend dan Gaya
Setiap jam tangan mempunyai rekabentuk (design) dan gaya tersendiri. Ia dipengaruhi oleh trend pada sesuatu masa samada dari segi penggunaan bahan pembuatan jam tangan itu sendiri, dial detailing, bentuk jarum (hand), crown, lugs, dsbg. Trend-trend sentiasa berubah. Sebagai contoh, sejak pertengahan tahun 2000, pengeluar-pengeluar mula beralih kepada jam tangan bersaiz besar melebihi saiz 40mm. Bagaimana pula trend-trend jam vintage? Berikut, trend-trend jam tangan dari tahun 20an sehingga tahun 70an.

1920an
Kebanyakkan jam 1920an mempunyai jarum yang tebal, paten casing yang berukiran (engraved patterns) kasar dan design yang agak unik. Jam-jam tangan era 20an adalah jenis Deco style.

Jam Elgin c1925 - jarum yang besar dan ukiran pada case jam yang agak kasar.

1930an
Tahun 1930an menyaksikan pertukaran gaya dari ukiran kasar kepada lebih halus. Ia masih mengekalkan konsep Deco style sebagaimana di tahun 1920an. Menjelang lewat tahun 1930an, jam tang lelaki lebih masculine. Jam tangan empat segi (tank watches) menjadi fesyen yang banyak dikeluarkan. Ini adalah disebabkan terhasilnya ciptaan movement jam yang berbentuk empat segi pada pertengahan tahun 1930an. Sebelum itu, movement jam berbentuk bulat dan ini menghadkan bentuk rekaan jam.

Jam Elgin c1931 - kekal dengan Deco Style namun lebih nampak 'Suttle'
1940an
Jam tangan tahun 1940an tidak banyak beza dari tahun 1930an. Hanya terdapat beberapa perubahan yang agak simple nampuk kekal masculine. Casing dan dial mula diperhalusi. Begitu juga indeks (atau hour marker) pada jam tangan dicetak lebih kemas. Jam tahun 1940an masih bersaiz kecil seperti di tahun 1920an dan 1930an.


Royce 1940an - masih kekal dengan Deco Style dengan Fancy Lugs. Dial mula diperhalusi.

1950an
Tahun 1950an menyaksikan bentuk jam tangan yang mulai berimejkan gaya menarik (expressive), futuristic, dan berkonsepkan automasi (automation). Tahun 1950an menyaksikan banyak jam tangan automatik mula dipasarkan. Setelah berakhirnya perang dunia ke 2; ekonomi negara-negara di dunia mulai pulih dan berkembang dan teknologi mula dibangunkan semula. Begitu juga dengan pengeluaran jam tangan sekitar tahun 1950an. Jam berbentuk bulat dan empat segi (Tank) walaupun ia menjadi bentuk atau style semasa namun terus melalui perubahan.

Movado Calendar 1950an - menampakkan kelainan, expressive & futuristic.

1960an
Kebanyakkan jam tangan tahun 60an berbentuk bulat. Rekabentuk dan stylenya boleh dikatakan agak moden dan menarik. 1960an menyaksikan saiz jam yang agak besar dari dekad-dekad sebelumnya. Jarumnya lebih halus dan mula menggunakan bahan luminous untuk membaca waktu pada waktu malam. Point penunjuk pada jarum mula diperhalusi, begitu juga dengan indeks pada dial bagi menunjukkan ketepatan masa. Dial jam tangan menjadi fokus utama dan menjadi lebih besar sementara watch case diperkukuhkan. Lugs pada jam tahun 1960an lebih pendek sementara crown semakin tebal disebabkan penggunakan water-proof gasket pada dalam crown. Secara keseluruhan, trend 1960an mula menampakkan titik perubahan yang agak radikal sebagaimana berlaku dipenghujung tahun 1960an.

Universal Geneva Calendar 1960an - bezakan dengan Movado 1950an. Casing yang lebih symmetrical, begitu juga dial, hands arrangement, dan crown yang lebih tebal.

1970an
Tak perlu diperincikan. Lihat saja pada gambar di bawah. Ia menceritakan suasana budaya ketika era 70an. Segalanya radikal dengan kepelbagaian fesyen rambut seperti 'afro-look', seluar panjang 'bell-bottom', kacamata yang besar, begitu juga jam tangan. Jam tangan 1970an mudah dikenalpasti kerana trendnya yang terlalu banyak berbeza berbanding 1960an seperti saiz yang agak besar, dial yang lebih symetrical dan indeks yang menarik, bentuk yang pelbagai dan unik, jarum yang masculine dan sporty, tali besi, crystal jam diperbuat dari kaca dan tebal, kombinasi warna-warni, sporty, rugged, ... sesuai dengan budaya ketika itu. Yang pastinya jam tangan tahun 1970an lebih berat!!!

Omega Seamaster Chronograph 1970an - sporty, colorful, rugged, but...heavy!

"Jenama Seiko mula menarik perhatian pasaran dunia di penghujung 1960an dan menerajui pasaran dan trend jam sports pada tahun 1970an. Kerana itu pengumpul-pengumpul jam tangan vintage sport di negara barat memang meminati dan ingin memiliki Seiko sebagai sebahagian dari koleksi mereka" ....nantikan tips-tips seterusnya.

3 comments:

  1. Sekarang dah faham camno nak tgk & agak tahun keluaran jam. Kawan sy ada beberapa art deco. Saiz kecik & rupa pun tak seberapa..... tp bila buke tgk movement kat dalam... mak oi.... macam jam baru. Cantik betui!

    ReplyDelete
  2. movement jam lama simple. tak banyak train wheel dengan transmission wheel. jadi jewel pun tak banyak. gear2 atau wheels pun tebal-tebal so senang bersihkan. semuanya pakai steel... bila overhaul memang cunnn... tak pakai dah, pasal rasa macam jam awek!!! kecik.

    ReplyDelete
  3. Hahaha.... Jam2 tu lawa... tp tu la... mmg nampak macam jam awek pun. Sy pakai jam Timex military tu pun rasa macam pakai jam budak sekolah.... dah la tali hijau... ehehe....

    ReplyDelete