Saturday, 27 November 2010

Tips: Kertas Penggulung Tembakau

"Tak isap lokok pun ini keltas misti mau guna maa... Kata sifu Lee kepada aku lama dulu. Percaya atau tidak. Kertas pembalut rokok atau penggulung tembakau adalah sesuatu yang biasa kita jumpa atas meja sifu-sifu tukang repair jam. Apa kelebihannya kepada tukang baiki jam?Ada gunanya beb!" - thetick-thetick

Pembersih Murah Lagi Berkesan
Haaa... tentu ada antara mereka yang merokok jarang menggunakan kertas penggulung tembakau. Pasal bila bukak kotak rokok, ngap satu kat mulut, terus bakar. Lainlah kalau anda hisap rokok gulung! Merokok membahayakan kesihatan - apa laaa aku nih. Namun, kertas penggulung tembakau adalah salah satu alatan bagus lagi berkesan untuk membersih dan mengeringkan bahagian-bahagian jam tangan anda. Kerana kelebihannya, maka ia telah digunakan oleh pembaiki-pembaiki jam - turun-temurun, zaman berzaman. Apa kegunaannya?

Tanya kat memana kedai runcit apek dan mamak. Sure ada kertas pembalut nih.

Penyerap Minyak
Setelah merendam bahagian-bahagian tertentu di dalam minyak pembersih jet one yang biasa digunakan untuk "overhaul" movement anda, letakkan di atas sekeping kertas pembalut tembakau. Minyak akan diserap dan bahagian yang diletakkan akan mudah kering.

Pembersih Bahagian Bawah Crystal
Kita sering dapati ada kesan cap jari pada bahagian bawah crystal. Mungkin juga wap-wap yang memudarkan crystal pada jam tangan. Ini disebabkan kerja pembaikan atau servis yang tidak kemas. Untuk menghilangkan kesan wap atau cap jari tanpa mencalarkan crystal kaca mahupun acrylic, gunakan kertas penggulung tembakau. Kesannya pasti kelihatan. Jika guna kain bergentian halus (soft micro-fabre), ada kalanya kelembapan pada kain masih meninggalkan kesan wap. Bahkan, adakalanya meninggalkan bulu-bulu fabrik halus yang tertanggal di bahagian bawah cermin. Ini akan mencacatkan pandangan dial jam tangan anda. Kertas penggulung tembakau lebih berkesan - lebih bersih.

Membersihkan "Steel Mold" dan Menggilap Jarum Jam Tangan
Jangan sekali-kali menggunakan bahan pengilat seperti "Brasso", "Autosol", atau bahan-bahan abrasive untuk mengilatkan jarum jam tangan anda. Ini akan menyebabkan nickle-plating pada jarum luntur. Jarum jam yang berkilat, samada Stainless Steel Nickle-plated mahupun Gold-plated adakalanya kelihatan pudar. Ini adalah disebabkan oleh steel mold atau kulat besi yang terbentuk disebabkan kelembapan didalam jam tangan anda. Untuk membuang steel mold dan menggilap jarum-jarum jam tangan anda, guna kertas pembalut tembakau. Letak kertas di atas sehelai kain pembersih yang dilipat. Dua atau tiga lipatan cukup untuk dijadikan padding dan letakkan di atas permukaan meja yang rata. Kemudian letak kertas pembalut tembakau di atas kain pembersih yang dilipat. Ambil jarum dan letakkan di atas kertas pembalut tembakau dalam keadaan terbalik. Gerakkan menggunakan jari telunjuk anda seperti anda menggosok (stroking) dengan tekanan yang agak sederhana. Setelah beberapa stroke, jarum akan menjadi bersih dan berkilau tanpa sebarang kesan calar. Pastikan anda menggunakan finger glove ketika menyentuh jarum-jarum jam.

Pelapik Movement
Apabila mengeluarkan movement jam tangan daripada casing, lapik kertas pembalut tembakau pada movement supaya bahagian rotor atau balance wheel tidak bersentuhan dengan tangan anda. Begitu juga apabila memasukkannya kembali. Jari tangan kita sentiasa lembab dan apabila terkena kepada bahan-bahan logam, lama kelamaan akan mewujudkan steel mold. Juga, jangan lupa menggunakannya untuk mengelap bahagian dalam penutup jam supaya benar-benar kering bagi mengelakkan perkara yang sama. Selain menggunakan finger glove, kertas pembalut tembakau adalah satu alternatif yang murah.

Selamat mencuba

“Kalau mau repair jam ha, jangan isap rokok. Nanti itu abuk masuk dalam lu punya jam. Nanti meja kotor penuh abuk. Isap jauh-jauh. Tegur sifu Ah Loi. Dia sekarang dah bersara dari membaiki jam walaupun usia tak berapa tua. Dia sekarang meniaga mee kat Cheras. Seorang sifu yang teliti lagi berpengalaman. Hasil kerja dia superbbbb. Namun apa kan daya, dah dia nak bersara. Apa boleh buat. Sifu Lee ada, takpa.” - thetick-thetick

4 comments:

  1. ooo patutla ada satu kedai jam otai kat tempat aku ada pembalut rokok tembakau kat atas meja repair jam. Nak kata dia hisap rokok gulung, dia hisap rokok kotak biasa jer. Satu lagi aku tengok banyak bekas tembakau dan pisau lipat seposen.

    ReplyDelete
  2. haa... sifu-sifu taukeh jam ni memang creative. kalu pusher seiko chrono takde spring, ngko amik spring yang kat ball-point pen yang boleh tekan-tekan ko potong buat kasi pasang... kalu jam diver punya track ball bezel hilang, ngko keluarkan mada ball-point medium ko pasang kat jam... ni semua creativity sifu-sifu jam, pisau libat tu guna nak bukak back case or bukan spring bar... takpun rodok tangan sesapa yang kacau sifu buat keje, muahahaha

    ReplyDelete
  3. Patut la dok tgk apek tukang jam tu pakai kertas tu. Setiap kali pi dok nampak kertas tu. Tp tak pernah tanya lak untuk apa. Hehe.. Tq..

    ReplyDelete
  4. salam, kalau lap body pakai kertas ni ok x?

    ReplyDelete