Monday, 13 December 2010

@work: Seiko The Reds

"Hassan Detikduabelas panggil Seiko Red Devil pasal dia peminat Manchester United kutt. Sorry heh..aku Liverpool punya big fan. So aku panggil The Reds sempena nama panggilan team bola kesayangan aku nih. Aku nih kalu beli jam sure aku bikin kasi bersih. Baru puas hati simpan bikin koleksi."- thetick-thetick

Seiko Diver 6309-7290 The Reds
Aku beli jam ni dari Hassan Detikduabelas. Sebelum ni aku dah beli dari dia 7002-7001 Blue Chelsea (jerung biru) dengan 6309-7290 transition model black dial. Sebab tak pernah ada jam warna merah, aku tambah koleksi 6309-7290 slim/transition model dengan dial dan minute marker warna merah aftermarket. Production sekitar tahun 1986 nih memang ‘Made in Japan’ dan untuk Middle-East market, dia tulis arab daaa... Memandangkan ramai tertanya-tanya macam mana nak buat basic watch cleaning, di bawah, aku perturunkan sedikit tips atau cara-cara macam mana nak bikin. Paling lama 1 jam jeh. Fast cleaning dengan bezel adjustment pasal scuba bezel punya marker tak align dengan 12 hour marker. Maaf, aku cuba guna penulisan bahasa pasar lagi sempoi jadi sesiapa yang baca rasa relax sikit. Sorry la, gambar tak berapa canggih dan sequence tak boleh nak detail pasal dah terlajak hendak ambil gambar.

Keperluan Peralatan
1. Watch (case) holder – pemegang case jam
2. Case opener – pembuka case jam jenis screw-down
3. Spring bar remover – penanggal spring bar (guna skrew driver leper pun boleh)
4. Tweezers
5. Kertas penggulung tembakau rokok
6. Peg wood (guna cutter untuk memotong, jadikan macam mata pensel)
7. Pencungkil gigi (tooth pick)
8. Kain pembersih/penggilap
9. Cleaning compound – Brasso, Autosol, MAAS, dll. kalau ada
10. Glue/bonding compound
11. Petroleum jelly – Vaseline Cream atau lain-lain jenama
12. Blow-duster – untuk membuang habuk jenis pump

Alatan untuk membersih

MAAS Cleaning Compound - lebih baik dari Polywatch Cream. Setakat ini, inilah compound terbaik untuk menggilap bahan logam dan acrylic crystal atau glass. Mudah hilangkan calar pada acrylic crystal. Tanya Hassan Detikduabelas. Aku pernah demo kat dia.

Bahagian A – Dismantle
Step A1 – Tanggalkan tali (strap/bracelet) dengan menggunakan spring bar remover/skrew driver leper.
Step A2 – Buka watch case (case lid) dengan menggunakan case opener.
Step A3 – Keluarkan crown (rujuh gambar di bawah). Tekan crown lock pin pada tekanan sederhana sambil menarik keluar crown (tanggalkan) dari movement.
Step A4 – Tanggalkan spacer ring menggunakan tweezer.
Step A5 – Tanggalkan gasket pada case dan crown – ganti jika gasket perlu ditukar.
Step A6 – Tanggalkan scuba bezel. Guna skrew driver leper, umpil bezel pada kedudukan pukul 5 – bezel akan tanggal.

Tekan crown stem lock sambil tarik crown keluar

Habis terbarai The Reds aku...

Bahagian B – Membersihkan Case dan Case Lid
Step B1 – Guna peg wood (sudah diasah seperti mata pensel), keluarkan kotoran pada bahagian casing – luar dan dalam. Guna pencungkil gigi untuk mengeluarkan kotoran pada tepian crown pipe. Bersihkan juga case lid (penutup case). Bersih sehingga anda berpuas hati.

Tepi "Crown Pipe" berkeladak. Guna pencungkil gigi untuk membuang kotoran.

Gunakan "Peg Wood" untuk membersih watch case. Peg wood tidak mencalarkan bahagian-bahagian jam yang diperbuat dari besi.

Step B2 – Sapukan cleaning/polishing compound pada bahagian case dan case lid (penutup). Gunakan kain untuk menggilap/buang kotoran. Gilap sehingga anda puas hati.
Step B3 – Gunakan blow-duster untuk membuang sebarang habuk di bahagian dalam/bawah crystal.
Step B4 – Gunakan kertas pembalut tembakau untuk membersihkan dan mengeringkan bahagian bawah crystal. Blow-duster akan meninggalkan wap pada bahagian bawah crystal. Kertas pembalut tembakau boleh menyerap dan mengeringkan wap.

Gunakan kertas penggulung tembakau untuk membersihkan bahagian bawah crystal

Case dan Case Lid yang sudah dibersihkan [bahagian atas]

Case dan Case Lid yang sudah dibersihkan [bahagian bawah]

Bahagian C – Membersihkan Scuba Bezel
Step C1 – Tanggalkan/keluarkan bezel rubber insert ring. Rubber ring terdapat di bahagian dalam bezel.
Step C2 – Tanggalkan bezel insert (scuba marker/rule) dengan menekan dari bahagian bawah. Hati-hati, jangan sampai bengkok atau tidak sama rata.

Bezel unit yang sudah ditanggalkan

Step C3 – Gunakan cleaning/polishing compound untuk membersihkan bezel ring terutamanya kesan glue sebelum ini.
Step C4 – Sapukan sedikit petroleum jelly pada rubber insert ring untuk membuang kotoran. Rubber insert ring yang bersih akan nampak seperti baru. Masukkan ke dalam bezel ring selepas dibersihkan.

Petroleum Jelly. Guna untuk membersihkan bahagian-bahagian diperbuat dari getah. Juga boleh disapu pada case gasket.

Bezel unit yang sudah dibersihkan

Bahagian D – Assembling dan Strapping
Step D1 – Masukkan movement ke dalam case. Tekan crown lock pin sambil memasukkan crown melalui crown pipe. Pastikan crown berfungsi sepenuhnya untuk menukar calendar dan menggerakkan jarum.
Step D2 – Pasangkan spacer ring pada kedudukan sepatutnya.
Step D3 – Ambil case gasket baru. Sapukan sedikit petroleum jelly. Pasangkan pada casing.

Setelah dipasang movement, crown, spacer ring dan gasket

Step D4 – Tutup case. Ketatkan menggunakan case opener.
Step D5 – Pasang bezel ring (dengan menekan dari atas). Pastikan gigi pada bezel ring kena (tepat) pada bezel track-ball.

Pasang bezel ring. Pastikan gigi bezel ring kena pada track-ball.

Step D6 – Sapukan glue/bonding compound ditepian bahagian dalam bezel ring.

Bezel ring yang sudah dipasang. Glue di tepian bahagian dalam bezel ring sebelum memasang bezel insert.

Step D7 – Pasang bezel insert (scuba marker). Pastikan scuba triangle marker selari atau tepat dengan 12 hour marker.

Bezel insert (scuba marker) dipasang selari dengan 12 hour marker (dalam bulatan)

Step D8 – Pasangkan strap/bracelet pada case. Takkan tak tau beb...

Pasang tali diver getah. Nampak macho beb!

Pasang kondom!!! Untuk perlindungan bezel. Nampak garang beb! Bezel cover ni hadiah persahabatan dari Hassan Detikduabelas. Dekat http://jamlama.blogspot.com/ sekarang ni ada jual. 

"Aku harap siapa-siapa yang baca boleh faham artikel nih. Simple cleaning dan bezel marker allignment. Ada sorang penternak Seiko Panda dari Puchong iaitu saudara Hassan Detikduabelas mintak aku buat pemindahan organ (organ transplant) untuk sekor panda dia yang terkehel akibat terpasang kaki palsu buatan Citizen. Nantikan artikel seterusnya macam mana aku buat organ transplant Panda Puchong nih. Panda China dah nak pupus. Seiko Panda punnn… nantikan." - thetick-thetick

7 comments:

  1. Tq bang.. Pengalaman tu yg diperlukan sekarang untuk kami yg baru ni. Hehe... MAAS Cleaning Compound tu tak pernah tgk.... kedai harware ada juai ka?

    ReplyDelete
  2. trima ksh,promote aku punya protector...tapi dah abis dah stok...aku tgh tunggu 10 bijik lagi stok baru...best artikel ko ni,bersihkan jamlah buat kita asyik kadang2...sampai benda lain pun kena pospon kalau dah kosentret buat keje tu...

    ReplyDelete
  3. zul, aku mula2 tunjuk kat Asmar Duniajam dia pun cam terkejut jeh. aku pun selaman main jam seiko diver tak pernah jumpa kondom jepun nih. tu pun Hassan D12 bagi. Dah dekat sebulan aku pakai kat seiko akuh... nampak masculine lah. paling cun kalu pasang kat dial warna oren... he he

    ReplyDelete
  4. Asmar, MAAS tu aku dah pakai 3 tahun tak abis2... aku beli dekat ACE Hardware. sebelum beli aku punya forum member ada bagitau. setakat nih memang paling best. better dari yang lain. cumanya... aku selalu pi ACE tak jumpa dah. harga dalam RM28 satu tube. nanti kalau aku jumpa aku war-warkan kat blog. sapa nak order aku belikan.

    ReplyDelete
  5. Kalau maskulin x pakai kondom bro.hehehe. Ermmm tempat aku yang kira pedalaman nie mmng payah la nak jumpa MAAS tuh...molek jugak jika bro tolong orderkan..kalau boleh petroleum jelly skali arr..

    ReplyDelete
  6. Bro. Tx for info. Saya
    dgn semangat berkobar kobar cuba nak buat watch cleaning. walaupun tidak semua peralatan yang ada. MAAS comp tu memang tak ade, petroleum jelly pun tak ade, pegwood pun tak ade. Cuba juga gagah, tapi sangkut kat A3. Tak dapat nak keluarkan crown. Kat mana crown stem lock? nak tekan tu pakai mini screw driver ke tak calar kenanti? atau pakai peg wood. Satu lagi mana nak cari gasket dia. memang 1 size fit all ke? atau kena mention model dia.Saya cuba clean seilo diver 200m auto. Engine 7S26A. Lepas ini kena belajar servis/oiling pulak, pasal dia jalan tersekat-sekat. Tx for helping. sufian

    ReplyDelete
  7. Aku sebenarnya banyak artikel yang tertangguh sejak wife aku sakit. Skrg dok ada di Damansara Specialist Centre. Nanti free aku survey barang2 yang ngkorang nak tuh. Aku tak amik untung. Asalkan korang bayar post, minyak dengan parking ajeh.

    Sufian. Nak keluarkan crown tu kene nengok jenis enjin. Seiko yang 700X lain. Kalau tak tarik crown, stem lock tak jumpa! Kalau 4000, 5000 dengan 6000 series bole nampak button dia. New 7SXX pun boleh nampak. Kalau tak nampak. Masukkan balik crown. Lepas tu tarik, kat tepi base plate akan terkeluar stem lever pusher tu. tekan pelan2 - tarik keluar crown. Aku tekan biasannya pakai tweezers jeh.

    Gasket? wo wo wo... lain casing lain gasket size bang. Kalau jam diver, setakat ni size dia memang sama. Hassan Detikduabelas adalah 'tokan' gasket. Banyak stock ada kat dia. tapi kalau model chrono yang pakai gasket getak leper tu... hissshhh setakat ni memang payah nak dapat.

    tips: kalau nak cuba servis jam. cuba bukak regulator dulu... buat oiling kat jewel cup dia. masuk balik. lepas tu check timing. kalau lari timing, kasi tune. itu praktikal senang.

    okey lah... aku nak zzzz. kurang tido sejak wife aku sakit. dia kat hospital, aku kat rumah.

    ReplyDelete