Wednesday, 29 December 2010

Awas Jam 2nd Hand & New Old Stock Tiruan

"Bek, ramai kawan kita dah terkena. Itulah luahan saudara Hassan Detikduabelas kat aku dua minggu lepas. Aku perasan benda-benda nih... cuma taknak komen pasal orang carik makan. Tapi kepada penternak-penternak yang mengeluarkan modal untuk membeli jam-jam yang rasanya nak disimpan pakai... maka aku buat la lapuran ni untuk tatapan bersama. Hanya jauhari mengenal manikam. Hati-hati. Aku pun pernah terkena." - thetick-thetick

China Made - China Fake
Hampir kesemua peminat-peminat dan pengumpul jam mengetahui akan kepakaran negara China untuk menciplak apa jua teknologi yang ada dari serata dunia - terutamanya jam tangan. Tidak ramai mengetahui bahawa movement jam ETA Swiss 2824-2 dan 2836 variant sudah diciplak hampir serupa dengan yang asli/genuine. Dan kebanyakan jam-jam tiruan automatik keluaran China menggunakan movement Miyota 6200/6002 yang diciplak. Selalunya jam-jam tiruan pelbagai gred hanya tertumpu kepada jenama Swiss. Namun sejak kebelakangan ini jam-jam tangan dari Jepun seperti Seiko, Citizen, dan Casio menjadi mangsa. Ini mungkin disebabkan production plant jenama-jenama ini beroperasi di negara China maka proses menciplak makin menjadi-jadi. Seiko terutamanya mengeluarkan casing untuk model jam-jam tangan quartz dan kineticnya di negara China. Casio pula membuat model-model yang tertentu sepenuhnya di China dan Thailand. Kerana itu fake atau replica model-model jenama ini adakalanya tidak jauh beza atau tidak dapat dibezakan dengan jam asli. Bahkan, menggunakan movement yang berkeupayaan hampir sama dan ada yang menggunakan movement yang sama.

Vintage dan New Old Stock Tiruan
Pengeluar-pengeluar dari Switzerland banyak mengeluarkan model re-edition mungkin kerana tema pada model tersebut ataupun mungkin kerana keunikan dan popularnya sesuatu model. Kerana itu dikeluarkan semula - re-edition. Jenama dan model Rado Diastar adalah salah satu keluaran re-edition yang kini mendapat tempat dikalangan peminat-peminat jam tangan moden adakalanya dianggap sebagai vintage dikalangan peminat jam-jam otai. Disebabkan ia kelihatan baru tanpa cacat-cela. Ramai yang tidak meragui keasliannya dan melabelkannya sebagai New Old Stock (NOS) untuk dijual atau dibeli. Tahukah anda bahawa terdapat banyak Rado Diastar tiruan terpampang di blog-blog, lelong.com, mudah.com.my dan website-website jam replica! Memang hampir serupa dengan yang asli. Ada yang menggunakan movement ETA 2836 (warna keemasan) fake dan China faked Miyota. Ada bisik-bisik yang saya terima mendapati banyak juga Mido Commander yang kononnya NOS adalah fake vintage atau juga dilabel sebagai re-edition.

Rado Diastar tiruan. Nampak vintage - New Old Stock? Hati-hati brader otai!

Di dalam beberapa blog dan iklan di mudah.com.my, terdapat model Citizen Eagle (vintage atau NOS!) yang agak pelik dari segi rekabentuk keluarannya. Rekabentuk jam diver Citizen tahun 80an mahun pun 70an tidak lah se moden yang yang terpampang di gambar dibawah.Cuba bandingkan dengan Tudor Hydronaut II diver keluaran tahun 2007. Siapa tiru siapa? Memang Tudor Hydronaut II ada yang diciplak. Bahkan casingnya turut digunakan oleh pengeluar-pengeluar jenama murahan lain menggunakan quartz movement. Dan, mungkin juga penjual rojak yang merojakkan dial jam Citizen lama dengan casing rekabentuk Tudor ini. Di dalamnya? Didapati ada yang menggunakan movement Miyota 6002 dan ada pula yang menggunakan China Made Miyota.

Siapa tiru siapa? Ada ke Citizen macam ni dalam katalog?

Nah, nengok kat belakang nih... enjin mana la pulak dia pakai?

Movement miyota 6002 yang asli terdapat engraving pada rotor plate. China made fake miyota dicetak (lama kelamaan tanggal/padam) dengan perkataan Citizen atau Miyota, winding direction/arrow, dan 21 jewels. Jadi, apabila ingin membeli untuk menjual atau membeli untuk koleksi, hati-hati. Banyak NOS yang memang boleh disangsikan keasliannya.

Second Hand/Pre-owned Japanese Watch
Lihat gambar Casio Edifice di bawah ini. Apa firasat anda apabila seseorang menyatakan ia adalah jamter pakai dan ingin dijual? Pre-owned atau second hand. Itulah tajuk jualan utama di mudah.com.my mahupun di lelong.com.my.

Casio Edifice - Made in China. Genuine pun buat kat China!

Walaupun tiruan, ada hakikatnya dari luaran hampir 99% menyamai dengan yang asli. Mungkin kerana model asli dikeluarkan di China maka untuk diciplak memanglah mudah. Di dalam? Sama. Menggunakan movement chronograph quartz Miyota. Ada dua jenis movement yang digunakan mengikut konfigurasi chronograph. Ada yang menggunakan movement Miyota OS10 dan OS11. Ini kategori mana? AAA? Atau superfake!?? Bezanya cuma harga. Dan ada yang dijual dengan box set termasuk manual dan warranty card! 

Seiko tidak terkecuali. Lihat gambar di bawah. Seiko Velatura. Ada yang menawarkannya sebagai second hand. Alasan yang diberi kenapa dijual adalah untuk upgrade koleksi atau memerlukan wang. Harga yang ditawarkan berlegar di sekitar RM450 hingga RM650. Harga yang asli hampir kepada RM1,900. Boleh caya ke brader? Yang pastinya, gambar-gambar yang diposkan untuk iklan datang dari sumber yang sama. Dari website-website yang menjual jam replica dari China.

Seiko Velatura tiruan. Siapa ada? Movement hapa dia pakai nih...habaq mai kat cek!

Selain jam tangan quartz, jam automatik Seiko turut dicetak-rompak. Mak ai... Seiko diver SKX model yang menggunakan movement 7S26. Kononnya! Kebanyakannya menggunakan China Made Miyota dan pernah diiklankan di mudah.com.my sebagai second hand atau jam lama. Kalau di lelong.com.my, cuba anda search. Memang banyak dan dijual pada harga sekitar RM80 menggunakan tali getah Z22 tiruan. Pernah dibisikkan pada saya beberapa bulan lalu, jam yang serupa pernah tersesat di dada-dada blog penjual jam lama atau baru.

Fuyyooooo... siap ada print Made In Japan! Fake Seiko Diver.

Kepada peminat Seiko diver, apa komen anda?

Kesimpulan
Untuk pembeli-pembeli dan pengumpul jam tangan, tepuk dada tanya selera. Nak beli, beli lah. Pilih yang mana suka ikut budget masing-masing. Untuk penternak-penternak jam vintage, hati-hati. Untuk yang membeli untuk menjual, pastikan yang genuine. Jangan nanti pembeli komplen, mintak pulangkan duit jam. Inilah bahananya apabila Seiko dan Casio beroperasi di China. Proses menciplak lebih mudah. Nah kau, Miyota memang membuat dan menjual movement sahaja. Sesiapa sahaja boleh membeli untuk mengeluarkan jam jenama sendiri menggunakan pelbagai jenis movement mereka. "Junkers Made in Germany" dan "Invicta Japan Movt" masih bergantung kepada movement Miyota. Turut menggunakannya adalah jenama-jenama designer (designers' brand) seperti Nautica, Adidas, Tommy Hilfiger, Elle, Guess, dsbg. Titus, jenama swiss turut menggunakan movement Miyota. Ini terdapat pada model-model yang dikeluarkan di Hong Kong. Banyak dijual di rangkaian kedai City Chain di Malaysia, Singapura, dan Hong Kong.

"Bek. Ko nengok gambar enjin Rolex transition model nih. Ori ke tak? Tanya saudara Hassan Detikduabelas selepas hantar MMS gambar movement sebuah jam Rolex otai. Sorry, gambar aku dah delete takble nak post kat sini. Kompom, jam ciplak... pasal apa bek? Tanya Hassan. Aku jawab selamba jeh...jam Swiss tahun 1920an sampai 1930an mana ada engraved Swiss dekat movement plate. Biasanya dia engrave Suisse. Dan lagipun logo Rolex dengan movement number takde... he he. Nasib baik la sahabat kepada saudara Hassan tu tak beli. Kalu beli sesenang jeh terbang seribu lebih.... hati-hati bila beli jam otai. Pasal harga vintage mahal. Rojak mamak memang sedap. Kena jam rojak haru bebbb!" - thetick-thetick 

43 comments:

  1. Great Article...thanks

    Tak kenal maka tak cinta...dah kenal, senang nak cerita.....hehehehe

    ReplyDelete
  2. dalam mudah/lelong tak banyak gambar, terutama gambar movement.Saya lebih selesa beli berdepan dengan penjual seperti di Locken, Ipoh. Rasanya beberapa penjual diblog di negara kita masih boleh dipercayai.Penjual perlu ikhlas menyatakan kekurangan jamnya seperti ada calar dan sebagainya. Bukan semua pembeli mahir mengenalpasti status jam-jam ini, cuma bergantung kepada minat sahaja.

    ReplyDelete
  3. Thanks for the info Bro. Benar, hanya jauhari yang mengenal manikam.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Mmg sy nantikan suara sorang yg berpengalaman dlm bidang ni. Mungkin semua org akan lebih berhati2 baik kepada pembeli mahupun penjual sendiri..

    Kepada pembeli...
    - Sebelum beli study dulu jam tu. Google model tu kat website2... - Tgk wujud ke tak model tu.
    - Tgk sama ciri2 original yg patut ada sbb ada seller tak mention pun psl benda2 tak ori yg ada pada jam tu... samada seller sendiri tak tau ataupun sengaja buat tak tau.
    - Baca discription sampai habis & tengok gambar bercanggah atau tidak.
    - Kalau tak jumpa jawapan, sila tanya kawan2 kolektor yg berpengalaman....
    - Jangan terlalu ghairah nak beli jam dgn harga yg murah dipaparkan... mungkin jauh lebih rendah dari harga yg sepatutnya... mungkin ada suatu yg tak kena... sabar bro...
    - Secara logik kalau jam tu sepatutnya harga RM2k... tp jual tak sampai RM1k cam Seiko Velatura tu? Aku dah tgk Seiko tu mmg kantoi buatannya... Tp sekali imbas macam ori... tengok gambar mmg la ingat ori psl benda bukan depan mata.... Tu yg seller kena terus terang...


    Kepada penjual....
    - Mohon kepada semua penjual agar tolonglah cerita habis2 pasal jam yg dijual tu.
    - Kalau tak pasti & tak tau ori ke tak... lebih baik terus terang.... tak perlu berselindung. Tak rugi pun jujur sbb keberkatan duit yg kita dpt tu bergantung juga kepada kepuasan pembeli... jatuh haram duit tu kalau pembeli tak puas hati sbb bercanggah dari apa yg diceritakan tu...
    - Jam replika/franken & sebagainya lebih baik cerita terus terang... sbb kalau pembeli nak, dia akan beli jugak... Itu lebih baik, dari dia tau di kemudian hari yg jam yg dibeli tu bukan original...
    - Ramai seller kat mudah.my, lelong termasuklah blog jam seluruh dunia jual jam tapi tak telus... Hmmm...



    Sori bang berletiaq panjang... haha... Ini peringatan untuk aku sendiri & untuk semua... Aku tak mau komuniti kita rosak disebabkan benda2 ni....

    ReplyDelete
  6. Siapa sangka skrg Seiko pun ada replika. Paling tak sangka Seiko diver tu... Kat eBay pun ada seller jual jam ni. Murah gila... tak sampai RM300. Kat Lelong lg la... Tak sampai RM100 pun.

    Dgr cerita Monster pun ada replika. Terkejut juga... Hmmm.. hati2 kawan2 sekalian....

    ReplyDelete
  7. Jam tiruan ni memang kena tengok betul2. Kalau yang gred A nie nampak la tiruan, tapi yang gred AAA ni payah skit. Kena tengok web sebagai rujukan. Itupun memang sama sesangat....

    ReplyDelete
  8. Sy suka mengingatkan kekawan yg jual jam replika di mudah, lelong dan blog bahawa menjual jam replika adalah salah di sisi undang-undang Malaysia di bawah Akta Hakcipta, Akta Perihal Dagangan dan Akta Cap Dagangan. Kesalahan berat boleh didenda RM100,000 setiap satu jam replika dan penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-dua sekali. Sehingga kini pihak KPDN & HEK dengan kerjasama MiPO (Malaysia Intelectual Property Organization) telah berjaya membawa 7 individu ke Mahkamah kerana mengiklan dan menjual barangan tiruan.

    Pihak NCC (National Coordinating Committee) on IPR emmandang berat pengiklanan, penawaran jualan, penjualan, pemilikan barang-barang tiruan. Undang-undang telah dipinda untuk memberi kuasa menangkap, menyiasat dan mendakwa sesiapa yang memiliki melebihi satu unit barang tiruan, pindaan ini sedang menunggu kelulusan parlimen untuk pewartaan.

    Saya sgt bersetuju dgn pandangan saudara Dunia Jam, berniaga dengan betul dan elakkan dari menipu pembeli... untuk keberkatan

    ReplyDelete
  9. Tu la.... risau plak skrg ni nak beli jam sembarangan... Takot terkena... kalau tau mmg replika takpa... cuma takot kita ingat ori.. supanya replika.... kuang kuang kuang...

    ReplyDelete
  10. Dua hari lepas, seorang pembeli mengadu pada saya dia membeli jam Citizen Eagle dari pemblog yg otai gak, jam tu di dial catat 17 jewel dan di movt miyota 21 jewels dgn see thru backcase, sahlah tiruan... dlm blog dia catat NOS Citizen, kesian buyer tu bila tau jam tu tiruan atau telah difranken. Nasib baik gak jam yg dibeli dari saudara Sjn Hassan 100% genuine so lega sikit hati dia..

    ReplyDelete
  11. Abang Radzi ,

    Terima kasih atas artikel yang amat informatif ni. Saya setuju dengan Tuan Syed, jangan terlibat langsung dengan barang tiruan atau replika kerana salah di sisi undang-undang.

    Penjual dan pembeli juga dinasihatkan supaya membaca dan memahami hak dan tanggungjawab masing-masing mengikut Law of Contract di Malaysia.

    Jika ada pertelingkahan dalam mana-mana urusniaga jualbeli rujuklah kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  12. Salam semua, alhamdulilah... isu ni timbul juga, jadi dapat kita bincang lebih serius,

    Akupun (detikduabelas.blogspot.com)berdepan masalah ini.

    Dulu kawan aku beli rolex rm1.2K dari mudah.com, menurut owner ia adalah jam ORIGINAL REPLICA!Pelik bunyinya, tapi kawan tu tak tau mksud replika tu. Setelah aku perasap telinga dia barule dia tersedar ditipu dan terpaksa memandu dari Klang ke Cheras utk pulangkan semula, nasib baik owner sudi pulangkan duit tapi cuma RM1,150 (-50RM atas sbb2 tertentu).

    Agak menyusahkan, byk masa dan duit terbuang kerana masalah tersebut, cuba bayangkan jika urusan pemulangan jam dari dua negara berbeza?

    Pembongkaran yang bagus Bekkk!
    Bekkk! Tabekkk

    ReplyDelete
  13. aku pon ada terbeli jam replika.... haishhh.. takpe aaa... redha jer... :)

    ReplyDelete
  14. Tu la dlm hal ni seller patut telus & transparent. Tak perlu berselindung dgn apa yang tak kena dgn jam tu. Sbb kepercayaan pembeli akan hilang & perkara tu akan di war2kan pula kepada semua tambah2 zaman internet skrg, info cepat tersebar. Kredibiliti seller sendiri tercalar.... itu yg kita tak mau... Byk gak rungutan aku dpt... cuma benda ni tak diperdebatkan macam ni. Terima kasih kpd thetick-thetick...

    ReplyDelete
  15. haizzz......1st time i suspect jam2 replika timbul mcm cendawan kt blog tu lebih kurang 2 bln lalu. velantura yg teramat murah, cantik giler.....tp nasib baik i ternampak jarum jam yg lebih kurus dr yg ori....

    ni lah gejala etika buruk pengilang tempatan kt china yg sengaja melanjutkan produksi melebihi jumlah yg diminta oleh pengeluar ori i.e. seiko/citizen. so kuantiti yg lebih tu dier org buat lah jenama sendiri, bah kan, ramai yg ciplak bulat2 jenama ori

    ReplyDelete
  16. Tipah tertipu bangggg... he he. Kepada yang minat replica, cari yang replica dari penjual jam replica. Kepada yang minat jam vintage/lama, hati-hati jangan sampai terkena. Begitu jugak yang suka beli jam second hand kena waspada. Aku kena bukan sikit...nak dekat riban2 gak. Tapi setakat ni belum la kena kat Malaysia. Aku kena kat Thailand, Indonesia dengan Vietnam. Semuanya Swiss brand. Rolex especially. Satu kali kene IWC. Bukan movement tipu... tapi rojak. Riban2 tu banggg... dah sampai Malaysia baru tau. Haru.

    Macam mana pun. Permasalahan ni terletak di tangan penjual dan pembeli. Pembeli terutamanya. Kena la ada ilmu pasal jam yang nak dibeli macam saudara Duniajam komen. Penjual kena la investigate sebelum beli jam untuk dijual. Bila jual kena la terus terang. Macam orang jual kereta second hand or kereta lama laa... kena la describe performance kereta tu.

    Tapi jangan la Proton Saga buruk kata kereta baru... takpun Jaguar pakai enjen Nissan 2000 kata pakai enjen ori... ngamuk la sapa yang beli.

    Semuga kita jadikan di sebagai pedoman. Aku akan terus membuat investigation dan publish kekalau ada la spesis-spesis jam yang meragukan dijual di pasaran semasa.

    Terima kasih atas komen2 anda. Selamat tahun baru.

    ReplyDelete
  17. satu lg nie i nk tambah.......kalo nk jual jam, biar lah terus terang......mcm yg saya buat dlm blog pasal jam PARNIS, dijemput sesiapa yg berminat, layari blog saya, lihat lah penjelasan yg terang benderang mcm spotlight stadium pasal jam tu

    p/s : sori yea....gua buat self promotion pulak....hehehe

    ReplyDelete
  18. MinatJam dan sahabat2 komentar. Saya sudah buat satu article pasal "watches profiling", tapi dalam peringkat final edit. Pasal sibuk menguruskan bisnes yang baru jeh nak pulih dari economoney yang agak kronik... macam mana nak buat profile jam-jam kita.Tajuk yang menarik untuk pengumpul dan penjual jam. Steps macam mana nak profilekan jam-jam tuu. Samada untuk simpan atau untuk jual. Kalau sesiapa pernah beli jam aku kat mudah (nama TOM) atau melalui Hassan aka Bekkk... detikduabelas. Aku biasanya sertakan "profile" jam yang aku nak jual...so sapa nak beli boleh tau performance dengan condition jam tuh.

    Aku skrg tak jual kat blog or mudah... aku jual direct via email kepada collector-collector yang aku kenal. Lebih mudah dan senang buat "after sales service" kalau jam aku tu problem. Aku biasanya bagi 3 months warranty. Kenapa aku berani bagi 3 months warranty? Pasal aku tau produk aku, apa sakit pening dia... so nantikan macam mana aku profilekan jam-jam nih. Walaupun untuk koleksi peribadi semuanya aku bikin profile.

    Minat jam, apa url blog kau... aku nak add kat blog aku daaa...

    ReplyDelete
  19. Tolong bg... http://minatjam.blogspot.com/

    Cam TheTick-TheTick ckp tu mmg betui. Setuju sgt & ternanti2 camno nak buat profile tu.

    ReplyDelete
  20. Kerana lembu seekor membawa lumpur, habis semua terpalit. Mungkin untuk kebaikan bloggers jam yang hanya menjual jam yang asli, satu tindakan drastik perlu diambil?

    ReplyDelete
  21. terima kasih duniajam sbb tayangkan url blog saya, mudah rezeki kelak aku blanja kopi-o ais kurang manis, okey? blog saya masih baru dan mentah lg, mintak tunjuk ajar sifu-sifu seangkatan, leh? terima kasih. mmg betoi ckp saudara tick-tick, kalo JANTAN dan CONFIDENT brg yg dijual, apa salahnya bagi PERSONAL WARRANTY? I bg 3 minggu jer.....

    ReplyDelete
  22. Kadang kita beli jam... tp tak sedar jam tu sebenarnya lain macam. Ye la kan, ada berjuta jenis jam.... masakan kita tahu 100% setiap satunya... Hmmm... Tak pa, kita sama2 belajar. Sifi pun ramai, boleh tanya sifu kalau tak tau...

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. tukang besi, titus lama banyak guna movement A.S. (A. Schild), Ronda, dengan ETA. masih ada Titus yang guna swiss tapi takde la pulak jual kat rantau sini. senang jeh... kalau kat dial dia ada SWISS MADE maknanya itu model production dari Switzerland...

    ReplyDelete
  25. Tukang Besi, dpt jam murah dan jual murah selagi ianya masih asli tidak dipalsukan atau dirojakkan, tidak menjadi perkara kepada subjek pemalsuan, ttp kalau jual murah sbb dpt murah jam rojak atau jam tiruan tetapi cakap asli, itu yg tidak beretika dan menipu pembeli namanya

    Hassan, Asmar, Radzi, we got to do something to stop this annoying problems.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. bro tick, pada pendapat saya seller patut tau apa dia jual, its a business .. kalo xtau mmg bodo.

    saya nak suggest setup a kommunity or seal of trust. a logo/cerificate given only to genuine seller, kalo langkah xbuat habis/musnah market ori. let us put our mind together dan find solution.

    is in your hands. thx adr

    ReplyDelete
  28. Bro Adrlee,

    Susah nak cerita. Ada law but monitoring and enforcement very week. Kat Malaysia ni simple jeh. Bawak pergi Consumer Tribunal senang cerita. Sapa yang outlaw or against the law senang kene cekup pasal dah bawak tribunal - all applicable law will be executed. Jangan kata Lelong dgn some blogs jual fake - Mudah pun dah mula orang jual jam fake. Macam mana mudah punya management nak monitor fake or not. Diorang sendiri tak tau pasal jam. Even though the T&C you must confirm that you are not selling fake items!!! Kalau jam rojak, ada orang beli lepas tu komplen - pulangkan je lah duit. Kang mamat tu bawak kat tribunal kang panjang cerita..

    ReplyDelete
  29. Nak tanya yg dekat butik kedai jam tu smua original ke.?

    ReplyDelete
  30. so kesimpulannya kat sini, jam casio yang original hanyalah jam yang bertulis "made in japan" or "japan movt cased in china" kat back case dia je lah ? other than that seperti " made in china " tak original langsung eh ? please answer me. sebab baca dekat official website dia cakap ada jugak main company yang process dekat china and thailand. confuse sangat pasal ni.

    ReplyDelete
  31. Assalam saudara-saudari, saya mohon bantuan pada siapa yang tahu kat mana nak cari jam diver Citizen model Citizen Professional 1000M Diver NH6930-09F? Kalau ada sapa yang tahu, sila maklumkan dan respond. Trima kasih pada yang sudi...

    ReplyDelete
  32. Saya nk minta tolong checkkan jam Rado yg saya nk beli ni ori ke tak. Mcm mana nk hantar gambar?

    ReplyDelete
  33. Mama Hs HH... tolong ambil gambar "close-up" movement jam Rado tuu... email kepada saya mradzis3631@gmail.com Juga tolong ambil gambar dial jam

    ReplyDelete
  34. Sungguh berguna info tentang jam oleh oldtai seperti anda.Pembeli yang cetek ilmu mengenai jam seperti saya memang selalunya akan menjadi mangsa.Baru2 ini saya ada terlihat di internet mengenai 1 website tempatan iaitu www.jammaymay.com.my
    Saya cuba check di thongsia.com(official authorised dealer utk seiko di malaysia).Memang ada tertera nama syarikat itu iatu Perniagaan Jam May May malah mereka juga ada kedai jam di Jalan Raja Laut(berdekatan dgn City Hotel).Untuk lebih kepastian,saya menelefon office Thongsia di Jalan Sultan Ismail.Mereka mengesahkan syarikat itu adalah Authorised Dealer utk Seiko dan lain2 jenama yg terkenal.Serta jam yg dijual adalah genuine dan authentic.
    Apa pandangan oltai2 jam?pernah beli dari kedai ini?kalau sah dan original,minggu depan saya nak sambar Seiko SRP307K1@SRP313K2...
    Pertolongan oldtai amat saya hargai.

    ReplyDelete
  35. Amazon Rolex timepiece is known for both their perfection and elegance. Such a sterling mixture of elegance and quality may be the reason why they control such a high price. Every person internet websites a Rolex snacks it like a valued ownership. If you own a Rolex and want to treasure it permanently, then you have to understand how to take good appropriate proper your observe. A simple appropriate care and primary servicing system will not only keep your Rolex in ideal performing situation for years to come, but will offer the feel that you are dressed in a product new Rolex every time you use your observe.

    Rolex Watch naaptol Lahore

    ReplyDelete
  36. Jam saya kompem ori. Dari ayah turun ke anak. Diastar battery operated. Nak tolak jugak. Agak2 boleh pergi x 1k.

    Whatsapp 0133903251 untuk gambar dan perjumpaan

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum..sy nk tny,kt mane ade tpt utk nilai harga jam second hand..abg ipar bagi jam panerai tp surat beranak ngn kotak da ilg..klau ade tuan2 bole bantu sekitar selangor dan kl..

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum..sy nk tny,kt mane ade tpt utk nilai harga jam second hand..abg ipar bagi jam panerai tp surat beranak ngn kotak da ilg..klau ade tuan2 bole bantu sekitar selangor dan kl..

    ReplyDelete
  39. cuba pergi ke Sunway Giza, Kota Damansara... ada kedai jam kat situ, ada banyak 2nd hand dgn Panerai baru. harap membantu. maaf, kesibukan kerja takde masa nak blogging.

    ReplyDelete
  40. salam.maaf bertanya tp ape beza jam balmer yg logo dye ad 4 kepak ngn 6 kepak dr segi kesahihan brg tersebut?bru angkat satu td tp musykil plak sbb ade dua logo berlainan dr satu jenama yg sama.mohon pencerahan tuan punya blog sbb td ad trbace review bro pasal balmer monster diver tuh. terima kasih sy ucapkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak tau.. ada beli balmer sapphire 7893.. beli buta je nampak cun sambar.. mmg xtau pasal jam2 ni.. bila check website dorg lambang 4 kepak je.. kat jam saya 6 kepak.. mohon penerangan bro..

      Delete