Monday, 27 December 2010

Tips: Mengapa Jam Tangan Anda...

"Bek. Aku tak tau laa... customer aku nih baru jeh nak main jam-jam vintage. Risiko. Kekadang jam tu elok kat tangan kita, sampai kat customer rosak pulak bek! Apasal itu? Apasal ini? Itulah luahan saudara Hassan Detikduabelas kat aku baru-baru nih. Berdasarkan pengalaman aku, setiap kali jam tangan kita memberi masalah, pasti ada simtom-simtom yang boleh diagak apa ke bendenya yang rosak dalam jam tu. Haaa... baca la tips-tips kat bawah nih. Simple diagnostic". - thetick-thetick

Untuk mengenalpasti masalah pada jam tangan anda adakalanya memerlukan pengalaman dan pemikiran logik. Samada jam tangan mekanikal ataupun quartz, asas operasi jam-jam tangan ini perlu diketahui terlebih dahulu. Ini akan memudahkan kita mengenalpasti masalah operasi sesebuah jam tangan. Tersenarai seperti berikut, pertanyaan (Q-Question) dan keberangkalian (P-Probability) yang mungkin menyebabkan masalah pada sesebuah jam tangan.

Q1: Jam Tangan Mekanikal Bergerak Terlalu Cepat (Walaupun Sudah diperlahankan)
P1-1: Hairspring sudah rosak/bengkang-bengkok.
P1-2: Hairspring sudah putus dan disambung semula pada stud. Kependekkan menyebabkan balance wheel bergerak terlalu laju.

Q2. Jarum Jam Tangan Bergerak Agak Lambat (Walaupun Sudah ditunekan)
P2-1: Gear pada cannon pinion atau pemegang jarum kiraan jam dan minit tidak bersentuhan sepenuhnya.
P2-2: Gear pada cannon pinion sudah haus.
P2-3: Transmission wheel kurang lancar (perlu oiling).

Q3. Kalendar Haribulan Tidak Bertukar Secara Automatik
P3-1: Strike Pin pada calendar plate tiada/tertanggal/patah.
P3-2: Gear pada calendar plate tidak bersentuhan sepenuhnya dengan transmission wheel.

Q4. Crown Stem Tercabut/Mudah Tercabut
P4: Stem lock/lever stopper longgar, samada screw type atau press type.

Q5. Jarum Jam Tidak Sehala Dengan Minute/Hour Marker (Walau Setting Sudah Betul)
P5-1: Cannon Pinion Gear sudah haus.
P5-2: Salah satu gigi pada gear Cannon Pinion sudah patah.

Q6. Jarum Chronograph Recoder Tidak Reset Pada Kedudukan Sepatutnya
P6-1: Clutch Lever Wire sudah bengkok/patah - jenis vertical clutch
P6-2: Reset Wheel sudah haus/gigi pada wheel sudah patah.

Movement jenis chronograph. Mekanisma recorder dan reset amat sensitif. Lever reset dan recorder wire juga mudah patah.

Q7. Crown Stem Tidak Berfungsi Untuk Menukar Kalendar
P7-1: Stem tidak dipasang atau lock pada kedudukan sebenar.
P7-2: Setting Gear untuk menukar kalendar terbalik/tidak bersentuhan dengan stem lever.

Q7. Jarum Jam Hanya Bergerak Berberapa Minit Walaupun Sudah Dikunci Sepenuhnya
P7-1: Transmission wheels mengalami friction (geseran), perlu oiling.
P7-2: Mainspring tersekat dari memacu transmission wheel.
P7-3: Salah satu gigi pada mainspring barrel patah atau haus (oleh itu ia tersekat).

Q8. Jarum Jam Hanya Bergerak Berberapa Minit Walaupun Sudah Digoyang Berberapa Kali (Japanese Automatic)
P8-1: Winding gear tidak bersentuhan dengan train wheel untuk memacu mainspring/barrel.
P8-2: Transmission wheels mengalami friction, perlu oiling.
P8-3: Salah satu gigi pada mainspring barrel patah atau haus (oleh itu ia tersekat).

Q9. Kalendar Hari (day) dan Tarikh (date) Tidak Selaras
P9: Gear-gear pada calendar plate (day and date plate) sudah terlalu haus.

Q10. Jam Tangan Quartz Bergerak Perlahan dan Adakalanya Terhenti-henti
P10: Itu tandanya batteri dah nak "kong". Bawak pergi kedai, tukarlah batteri baru.
Note: Recommended, semua jam quartz hendaklah ditukar dengan bateri jenama RENATA SWISS MADE. Jika jam quartz buatan Jepun, pilihan di tangan anda - ada banyak jenama bateri.

"Ramai sifu-sifu aku dah tanya. Kalau kalendar day dengan date tak selaras boleh repair tak? Semua jawab... tukar calendar module baru. Tau pasal hapa? Gear-gear dia dah haus. Kebanyakkan calendar plate gear diperbuat dari tembaga yang mudah haus. Cuba selak bawah calendar plate... majoriti guna gear nipis diperbuat dari tembaga - ringan so plate tu mudah dipusing. Kalau steel sure problem. Logik? Jam lama/vintage jeh ada masalah camnih.... wear and tear. So kepada penternak-penternak jam otai, bahari, classic, atau vintage. Ini adalah lumrah. Ada penyelesaian dia sebenarnya, tampal calendar decals atas calendar plate tuu...tampal kasi selari.He he... mana la nak carik menatang tuuu" - thetick-thetick 

13 comments:

  1. Beeekkk...Betul bek, masalah2 mcm ni buat lembek semangat kolektor2 baru. Aku harap mereka bersedia fizikal dan mental utk berdepan dgn perangai jam2 lama ni.

    Cuma nasihat aku pada penternak2 baru...Sabarlah mencipta bahagia dgn minat baru korang, jam lama seronok dipakai, nilainya sangat xlusif dan evergreen bentuknya, yg pasti korang akan berasa keuntungannya kemudianhari nanti... betui bek?

    ReplyDelete
  2. sangat sangat berguna....thanks

    jap, satu soalan...mcm mana nak setting jarum saat yang tak selari dgn marker (jam quartz) ?

    ReplyDelete
  3. kepada penternak2 baru, betoi kata saudara Hassan tuuu

    Nazri, memang jam quartz ni macam tu la selalunya. Waima aku punya TAG Heuer dulu pun tak selari. Apa perlu buat? Ko bukak jarum to pakai "hand-lifter". Ko pasang balik. Masa nak ketatkan dia kat "centre wheel punya pinion"... ko pegang hujung jarum betul2 kat marker pukul 12. Jangan lepas... ko tekan jarum punya stud (yang pasang kat pinion tuuu) dengan belakang tweezers...pelan-pelan. Make sure belakang tweezers to betul-betul mendatar. Kalu senget takut centre wheel punya pinion bengkok... kalau tekan kuat2 takut patah or hour dengan minute pinion gear lari... ada berani? cuba... bagitau aku result dia.

    ReplyDelete
  4. bro tolong jam saya
    putar lebeh cepat walaupun dah tune
    nak buat mcamana

    ReplyDelete
  5. sorry bro, lambat respon. jam kalau dah tune pun jalan cepat gak aku kira sapa yang tune jam ko tu tak expert atau tak 'ikhlas'... biasa jadi kat jam lama. hairspring kat balance wheel tu kekadang pendek... putus pasal karat atau bengkok, potong sambung balik kat dia punya stud... so ko tune la macam mana sekalipun dia akan tetap laju...

    ReplyDelete
  6. askm,mcm mna kalau jam tu contohnya kalendar betul 1 julai tpi jam saya jdi 31...sebab apa ya?
    Ada x cara nak fix benda mcm nie?

    ReplyDelete
  7. bro jam seiko sumo saya ...tukar tarikh pukul12 tghari ...camner nak buat?

    ReplyDelete
  8. Nak tanya...betul ke nak service jam rado rm200?

    ReplyDelete
  9. Nak tanya...betul ke nak service jam rado rm200?

    ReplyDelete
  10. sy nak tanya, jarum jam sy bergerak dua titik sekali gus. contohnya, jarum jam tu dekat no satu, nanti dia akan berhenti kejap then terus gerak ke no 3. dia selang satu nombor. kenapa ea?

    ReplyDelete
  11. maaf... kesibukan hingga tak baca blog...

    ReplyDelete
  12. As salam.....saya punya seiko diver yg part crown tu tecabut....bila say msukkn blik xbleh nk adjust masa ngan tarikh dah...mcm mna aaa.....klu repair mahai x?

    ReplyDelete