Friday, 15 April 2011

Review [BM]: Citizen 200m Diver NY2300-09L JDM

"Ini jam apa pasal mau tukar gasket? Timing pun okey. Ini jam balu... haiyyaaa. Ya ka? Respon aku kat Sifu Lee. Semalam aku bawak jam-jam lama aku gi Y.K. Fong. Buat itu ini yang mana perlu. Termasuklah makhluk anfibi dari negara matahari terbit nih. Percaya atau tidak, jam ni aku beli kat Isetan KLCC lama dulu. Tahun 2006 kalau tak silap. Mana pergi kotak, tali besi, manual, warranty card, dan... miniature tong gas penyelam dia aku pun tak tahu. Jam ni dulu hilang dari pandangan dan pegangan aku. Pasal masa aku pindah rumah, aku lupa mana aku letak. Pernah sekali dua jeh aku pakai... buat snorkelling kat Pulau Payar. Bebaru ni bila aku selongkar kotak-kotak dan beg-beg aku (dari mula pindah tak bukak-bukak!)... aku jumpa balik jam ni. Sekali dengan kembar seiras dia. Gembiranya hati... haaa, bacalah pictorial review aku pasal jam Citizen 200m Diver NY2300-09L nih. Ini model Japanese Domestic Market (JDM) Made in Japan. Aku beli dulu complete set nak dekat Rm900! Tapi tinggal jam dia je lah... sekali dengan tali getah yang pernah terendam di dalam lautan Selat Melaka dekat Pulau Payar... baca. Semoga terhibur" - thetick-thetick

Masih gagah, handsome, macho lagi terpelihara. Macam baru bebbb! Body almost 99%. Crystal dia 100%. Bezel...nengok la beb. Terserlah ke"Pepsi"an anfibi nih...

Tali ori. Kalau pegang dan rasa... syurrr, macam baru. Virgin lagi! Nasib baik dalam 'dry beg' kat mana aku letak simpan jam nih (gambar background) ada tiga ke empat paket 'dehumidifier - silicon gel'. So takde la berkulat dan reput walaupun dah dekat 5 tahun aku tak usik.

Caseback. Kalau ikut titah ahli nujum Citizen. Jam ni dikeluarkan pada tahun 2000! Dah nak masuk sebelas tahun. Nampak calar-calar kat caseback tu. Jangan takut jangan segan... ini semua cobaan! Yang calar tu cuma plastik yang menempel kat caseback punya 'engraving' jehh...

Case dia memang cun lagih... nengok dia punya 'crown'. Macho dan terletak teguh antara 'crown guard' yang terbentuk oleh case jam yang unik.

Crown... jenis 'screw-down'. Nengok tuu... tebalnya 'scuba bezel'. Berkilat lagi...merelit kata orang utara.

Model keluaran 'Made in Japan'. Nengok tu, dial pada posisi pukul enam. Dial dia warna biru gelap atau 'Arabian Blue'... dari jauh nampak macam warna hitam.

Kalendar orang Jepun. Pakai typo 'kanji'. Kalau dua calit tu hari Selasa. Kalendar DAY-DATE.

Dalam kegelapan dan samar-samar terang... boleh tahan. Nyala lagi luminous compound dia. Macam jam baru keluar display kat kedai bebbbb!!!

Jangan pakai jam ni masa 'merendek dengan awek' dalam gelap. Pasal bole nampak... sure kena 'tangkap basah'. Memang bagus lah luminous compound Citizen nih. Kualiti masih baik walaupun dah lebih sedekat dikeluarkan.

Menggunakan movement buatan Miyota dan dijenamakan sebagai Citizen Calibre 8200 21jewels automatik. Bagus movement ni. Memang 'rugged & robust'. 6bps! Uni-directional winding system namun lebih bagus dari Seiko 7S26 yang menggunakan 'magic lever' winding system. Apa pasal?

Anti-shock protection dan regulator lebih stabil. Pasal tu la movement ni (Miyota) sama famous dengan ETA! Hairspring dia lebih tahan berbanding Seiko. Seiko punya mudah jadi bengkang-bengkok - lari 'timing' tak pasal-pasal. Sebab tu la 'accuracy' Citizen ni lebih baik dari Seiko atau Orient yang sekelas dengannya. Apa lagi kelebihan movement ni?

Haaa... boleh kunci beb! Nengok dua 'train wheels' yang diintegrasikan terus kepada 'winding stem' (crown stem). Tak macam Seiko 7S26 yang kena 'goyang gerudi' baru bole jalan... yang ni pun bole 'gelek' jugak, sure jalan punyaaaa. Cuma tu laa... crown pipe dia punya screw agak rendah atau pendek sikit. Tapi bole tahan dari masuk air pada kedalam 200m.

Bila pakai kat tangan... macho braderrr... nampak machoooo. Not bad. Aku dah test timing dia. +12 to +15 saat sehari setelah pakai selama lebih kurang 8 jam sehari. Memang berbaloi. Tahan betul lah jam Citizen JDM nih...

"Memandangkan ada dua anfibi Citizen ni yang seiras tapi tak serupa dalam simpanan aku sekarang nih... aku ingat nak let go lah yang Pepsi nih. Kepada sesapa yang berminat, SMS atau email la kat aku. Jam jeh yang tinggal. Kat mana gi kotak dengan set dia yang lain aku tak tahu... kalau ada sure aku bikin full review. Pasang tali besi dia...hmmmhhh kalu complete set sure aku tak jual. Tapi apa kan daya, aku nak let go. Sesapa yang nak beli, aku bagi 6 bulan personal warranty. Nanti aku carik la memana kotak Citizen yang aku ada. Kalau nak suruh post. Kat Malaya je lah. Pakai POS Laju. Berapa harga? Rajin-rajin la SMS aku kat 012-2399920" - thetick-thetick

12 comments:

  1. best jam ni..cuma teman punye bezel tu dah jem..

    ReplyDelete
  2. bezel tu boleh dibukak dgn pisau je,macam bukak case back jam yg jenis vakum tu...bersihkan & pasang balik,hati2 dgn 1 bearing yang sekecil mata pen dibelakang bezel tu,kalau jatuh payah nak cari...

    ReplyDelete
  3. Amar, betul advise Zul tuh. Bukak pakai pisau. Kat position pukul 5. Ball bearing tu kalau hilang, ko carik la pen ball point saiz medium (macam jam Seiko diver). Ko pakai plier yang ada cutter atau cutter ko potong hujung pen tuu... make sure ko potong dalam bekas tertutup (dalam plastic beg ke) so bila putus atau terkeluar senang ko carik ball bearing tuu... lepas tu ko rendam dengan air panas dalam cawan. Keluarkan (make sure dakwat semua dah cair & tanggal) lepas tu ko boh la kat dia punya 'kawah'... kasi 'aim' lepas tu ketuk satu kali... semoga berjaya! Ini tips orang lama... belajar masa teh tarik dengan diorang laa. Aku pernah buat, tapi habis la pen jenama BIC tu 3 4 batang!!!

    ReplyDelete
  4. Citizen yang bestnya ialah movement dapat hand winding di samping automtic winding. Kalau tak pakai, boleh pusing2 je crown untuk gerakkan movement. Tak mcm Seiko, kena goncang2 ataupun kena pakai utk gerakkan movement.

    ReplyDelete
  5. Citizen dah focus high end movement pakai Eco-Drive... so tak payah kunci ataupun goyang gerudi. Crown yang screw-down pun tak payah nak bukak tutup... tahan lama, tak haus dia punya screw dan tak masuk air... cumaaa tu laa, jam Ec0-Drive ni satu kasta dengan jam Quartz. Resell and vintage value dia kurengggg.... Yang automatic pulak, Citizen solely depends on Miyota Co siste kampeni dia... setakat ni memang Citizen/Miyota Calibre 82xx ada movement yang paling robust... lebih kurang 7S26/36/56. Cuma 82xx bole kunci... power reserve 48jam lebih kurang sama jeh

    ReplyDelete
  6. Yg best psl Citizen banding Seiko ialah kebolehan untuk mengunci enjin... La ni replika pun pakai mitoya. Tp kalau perasan Citizen dah mula buat jam yg agak midrange price. Enjin pun baru. Rega pun dah dekat Rm1k & ada yg lebih. Enjin robust, finishing pun cantik.

    ReplyDelete
  7. aku baru nak belajar baca ajerlah nak menyampok kot kena gelak

    ReplyDelete
  8. Asmar, aku teringin nak beli Citizen Godzilla 300m diver automatic yang rega dia 2 ribu lebih tu... movement apa dia pakai? Kalau setakat Miyota calibre 8216 kira lebih kurang sama dengan Orient 300m diver automatic la. Casing dengan display setting ja canggih... tapi movement sama dengan jenis 5 6 ratus rasa rugi la pulak... pasai buleh beli Swiss diver. Koman2 pun ETA2824 atau ETA2836... Kalu Eco-Zilla pakai movement Eco-Drive tu takmau lah... adik beradik quartz.

    ReplyDelete
  9. Ctz Promaster Autozilla tu pakai Miyota 8203... tak tau la dia punya kehebatan camno. Hehe

    ReplyDelete
  10. http://uhr-forum.de/attachments/14191d1232899143-seiko-skx-007k2-wirklich-stossgeschuetzt-8203.jpg

    Ni gambaq dia

    ReplyDelete
  11. Haaa... nak tau kehebatan Citizen 8203? Tunggu posting seterusnya pasal aku punya Citizen 200m Diver "Ninja Blue" Model Number NY0040-17L... nantikan

    ReplyDelete
  12. Kalau hebat, boleh beli la sektul Autozilla pasni. Haha. Sy tak panda sgt bab enjin. Tp dok baca review depa kata enjin high end gak. Hehe

    ReplyDelete