Tuesday, 7 June 2011

Next Review [BM]: Digi-Ana Version of Casio Riseman?

"Nak kata Casio Riseman - bukan! Tapi memang ada fungsi-fungsi sama dengan Riseman. Ada Barometer, Temperature, dengan Altimeter. Twin-sensor. Apa yang menyebabkan aku minat sangat kat jam Casio ni? Saiz dia lebih besar dari Riseman. Sudah tentu! Ikut trend semasa beb! Dan lagi satu, pasal ada analog time display - lebih senang baca berbanding full digital function yang ada kat Riseman. Warna hitam - memang kasual dan lasak. Ini model baru sampai. Ada ampat biji sajjee... kata Ah Hon kat kedai jam YK Fong Ampang Park. Tapi yang hitam ni paling mengancam! Kata hati aku.... apa lagi? Terus jumpa Kawanku... ambik fulus terus bayar. Harga tak la mahal macam Riseman. Memang model ni model baru dan aku cuma jumpa di YK Fong. Mungkin korang pun dah jumpa. Model 5167 Digi-Ana SGW-4WH1B2V ni aku akan review. Nantikan" - thetick-thetick


"Bek... lawa la!" kata Hassan Detikduabelas. Ini la jam favorite aku untuk pakai lepas ofis dan bersantai di hujung minggu... nantikan review jam murah ni...haha!

12 comments:

  1. Casio jenama paling sy minat.. minat sejak kecik2 & sampai la ni minat tu tak pernah hilang. Koleksi Casio sy jauh lebih byk dari semua jam mekanikal... Hehehe

    ReplyDelete
  2. Asmar, Casio hak baru ni kalu hang minat, hang tanya yang titanium... lagi cunnn. Aku lambat, orang lain dah beli dulu... tu yang aku amik hak warna hitam semua nih. Yang pastinya, aku lebih selesa dengan model digi-analog. Analog display mudah baca berbanding digital... Murah2 Casio jangan pandang rendah. Sejak 2 3 tahun nih ada preview kat SIHH Switzerland... Orient pun belum sampai tahap tuu...

    ReplyDelete
  3. Lepas Seiko mmg Casio jam paling minat. Sy byk digital. Dok kumpul pun model2 lama ja.

    Yg ni boleh tahan bang. Nnt sy ushar yg titanum. Sy tak kisah sgt kalau simpan jam quartz. Hehe

    ReplyDelete
  4. Asmar, jam tu retail price dia RM385. Aku dapat RM200 ja. Yang titanium harga dia mahai sikit. Tak salah aku RM485. Kalu nak aku buleh tanya. Aku rasa buleh dapat dalam RM250 ke Rm280 ja. Harga spesial ni! Bukan apa, taukeh tu kawan aku. Dan aku dah jadik customer lepa sejak belasan tahun...hehe. Hassan D12 pun buleh dapat murah gak. Pasai dia kawan dengan taukeh kilang Casio di Singapore...

    ReplyDelete
  5. Murah rega tu. Boleh tgk live nnt. Hehe

    ReplyDelete
  6. Bro Radzi, kedai tu ada juai G-1200BD--1ADR ka? Kalau ada, berapa rega adik-beradik dia bagi?

    ReplyDelete
  7. woooo...timelover (pencinta masa). kalau model tu (G-Shock) elok ko tanya Hassan "Bek" Detikduabelas. Dia dapat lagi murah. Lebih murah dari kedai tuu. Cuma model aku ni Hassan Bek takde. Kalau G-1200BD-1ADR sure Hassan punya harga jauh lagi murah... kan aku dah bagitau, dia kawan dengan taukeh kilang Casio... kasi call sama dia 012-3939084 Semua G-Shock aku beli kat dia. detikduabelas.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Oh, itu macam ka? Selama aku berkawan dgn Hassan tak pernah pulak dia cerita kawan baik towkay kilang Casio. Abis peti harta karun dia aku pecah, sebijik G-Shock pun tak nampak. Macam ni kalu, malam ni jugak aku pegi panjat tangga rumah dia.

    ReplyDelete
  9. dia la orang yang paling banyak simpan & jual koleksi Casio...tanya apa model dia sure buleh dapat & murah...harga kengkawan

    ReplyDelete
  10. Betulla, aku dah interrogate dia semalam. Rupanya bukan setakat kawan baik towkay kilang Casio, tapi dia ada share dalam kilang tu!

    ReplyDelete
  11. setau aku wak asan detikduabelas adalah penternak seiko penyu dan casio yang paling berjaya di tanah malaya nih...

    ReplyDelete