Thursday, 9 June 2011

Review [BM]: Casio 5167 Digi-Ana SGW-4WH1B2V

"Daripada beli jam plastik Toy Watch yang mahal tapi quality tak seberapa tuuu... elok beli jam Casio. Nasihat aku kat kengkawan yang muda-muda belia. Memang trend jam plastik dah lama wujud. Kalau tak silap aku, di pelopori oleh Swatch... ke Casio dari Jepun? Tak tau la pulak aku bab-bab tu. Tapi, memang selain dari Casio dan Swatch, ada banyak lagi jam plastik di pasaran. Toy Watch tu antara jenama glamour yang melilit tangan golongan muda sejak 2 3 tahun nih. Jam plastik? Bagi aku, jam plastik ni guna untuk pakai bersantai atau pun pakai masa aktiviti lasak. Semestinya aku pilih Casio. Harga murah tapi kaya dengan fungsi yang pelbagai. Model SGW-4WH1B2V ni memang menarik minat aku. Kombinasi digital dan analog. Dan setakat yang aku pernah jumpa. Selain Casio Protrek, ini la spesis Casio digi-ana jenis plastik yang paling besar aku ada. Tebal pulak tu! Lebar lug-to-lug dia dalam 44mm. Tebal dia lebih kurang 15mm... memang rugged. Jam murah. Gua punya suka laa... he he. Ikutilah pictorial review aku untuk Casio yang menggunakan module 5167 nih! Selamat membaca." - thetick-thetick


 Ada Twin-Sensor. Fungsinya hampir sama dengan Casio G-Shock Riseman tapi ada Analogue Time Display. Black resin. Gold marker.
Kalau pakai uniform perang... pakai jam nih. Memang sesuai. Pasal warna dia Covert Black. Pakai buat nyelam Scuba pun boleh. Sampai 100 meter jeh. Nak buat Skydiving pun boleh pasal ada altimeter
 
 
Pandangan sisi dua-dua belah.Gambar yang atas tu dia punya Twin-Sensor pada kedudukan pukul 9 sementara gambar bawah pandangan sisi pada pukul 3. Nampak macam ketam laa.. 
Time Mode: mudah dibaca. Ada jarum. Kiraan saat digital ada pada paparan bawah. Ada hari dan haribulan. Yang bestnya, ada penanda bagitau sama ada cuaca mendung atau cerah pada paparan paling atas (fine atau cloudy)
Barometer untuk mengukur tekanan udara. Jangkasuhu atau thermometer pun ada.
LON tu merujuk kepada bandar London. Senang nak tahu bila jadual perlawanan bolasepak waktu tempatan untuk English Premier League! Liverpool..Liverpool.. Liverpool! Ada worldtimer dan paparan masa dua tempat berbeza. Senang pergi merantau ke luar negara.
Chronograph. Standard la beb... 
Timer! 45:00 minit tu bukannya apa... aku yang set. Pasal bila nengok bola bole la tau bila agak-agak pengadil nak niup wisel penamat atau separuh masa!!!!
Alarm Clock. Ada 5 alarm setting. Boleh set untuk 5 waktu solat. Tapi awas! Jangan set alarm untuk bangun makan sahur masa bulan Ramadhan guna jam nih... sure korang makan sahur waktu siang pasal alarm dia punya bunyi tak kuat daaaa...
Takde winding crown. Jadi... kena guna push piece untuk adjust jarum jam. Hmmhh... jarum payah nak  selarikan dengan minute marker lah! Biasa laaa... jam murah. Jam plastik.
Made in China. Biasa laa.. pasal tu murah. Tapi yang pastinya jam genuine, berfungsi canggih dan kualitinya memang bagus. Itulah jam Casio. Murah-murah pun jam ni memang bagus. Tak la macam Toy Watch. Betul ke Saudara Asmar Dunia Jam?

"Apa cerita pakai jam plastik ni brader? Ini jam golongan muda rumaja... jam budak sekolah. Kata sorang collector kat aku. Senyum! Aku jawab - jam santai. Jam lasak. Jam hujung minggu. Jam pakai masa main badminton. Jam pakai masa main golf. Yang pastinya aku suka... wa punya suka la brader! He he...  Casio ni jenama hebat - pengekspot jam nombor satu dari Jepun. Diikuti oleh Citizen. Seiko jatuh nombor tiga. Manakala Orient berada di tangga ke empat. Itulah ranking pengeluar jam dari Jepun yang terkini. Kenapa Seiko nombor tiga? Haaa... peminat jenama Seiko pasti terkejut dan tertanya-tanya. Haaa... akan aku postkan nanti satu analisa kenapa Seiko berjaya dipintas oleh Casio dan Citizen. Tungguuuu..." - thetick-thetick

10 comments:

  1. Aku paling suka bila dengar jeritan Liverpool .. Liverpool .. Liverpool! :-)

    ReplyDelete
  2. jangan lupa, The Reds coming to Malaysia, next month You'll Never Walk Alone bro...

    ReplyDelete
  3. Mestilah Liverpool :p Berminat dengan jam ni, yg pasti lebih murah dari Riseman. Dari segi function pun tentu tak kalah

    ReplyDelete
  4. walikard.
    beza dengan Riseman (1) takde auto electro-luminescent (2) pakai battery direct power, bukan Solar power (tough solar), (3) takde memory recording & (4) takde multi-color LCD display. dari segi digital function semua sama - time mode, worldtime, 1/100th chronograph, timer, alarm, altimeter, barometer, & temperature. yang menariknya dia ada hour dengan minute hand (jarum) - digital-analogue! tu yang paling penting bagi aku. mudah baca. biasa la...umur dah naik, nak baca time kat digital display ambik masa! kena perhati betul2... kalau jarum jam sekali pandang boleh agak pukul berapa. betul tak?

    ReplyDelete
  5. Asmar (peminat Casio NO1 Malaysia), apa hang punya komen kat jam Casio nih... kasi komen sikit

    ReplyDelete
  6. Yes bro, aku akan turun Bukit Jalil nanti. We'll Never Walk Alone. Jumpa disana!!

    ReplyDelete
  7. Aku pernah dapat jam plastik ni, hadiah peksa dapat nombor 1 8 agreeget dan jadi best student masa sekolah menengah. Sampai sekarang jam tu masih hidup segar bugar. Casio memang terbaik.

    p/s - Tapi aku The Blue Army daaaa...

    ReplyDelete
  8. Aku plak tak minat bola.... Muahaha....

    Casio mmg pilihanku... Mungkin disebabkan minat jam bermula dgn Casio, buat aku suka betul jenama ni sampai skrg & bilangan Casio aku lebih banyak dari jenama lain. Haha...

    Dengan harga + fungsi yg ditawarkan, pastinya jam ni berbaloi untuk dimiliki... bagi yang tak kisah dengan jam quartz la. Psl mmg ada kolektor yg pelik ada org kumpul quartz... tambah2 la digital. Mungkin dia tak pernah terdedah atau berkawan dgn org2 luar sana. Hehe.....

    Modul yg jam ni pakai mungkin modified dari model lama Altimeter & Barometer + world time. La ni byk model2 baru Casio dgn fungsi yang sangat pelbagai dijual dgn harga yg cukup murah. Mungkin sbb dia murah, org tak berapa appreciate & anggap Casio sebagai jam budak.... Tak kenal maka tak cinta... Hehe

    ReplyDelete
  9. Casio... Made in Japan payah dapat dan mahal! Made in Thailand dan Made in China... banyak kat Malaysia. Semua ori... jam bebudak? Casio penaja F1 dengan MotoGP wooooo... jangan memainnnn

    ReplyDelete
  10. Hi, I'm a newbie to the vintage watch collection scene.

    Would you be kind enough to share where to get vintage watched in KL/PJ area?

    Thank you.

    ReplyDelete