Thursday 12 February 2015

Review: Seiko Lord-Matic 5606-7000 Vintage

“Nak dapat Seiko vintage yang 100% ori dengan ori parts memang payah sekarang ni. Banyak yang franken - kata Dato Syed Mohri (Irhomdey). Bekk Hassan kata jam rojak. Ada yang terpaksa beli 2 3 bijik model yang sama semata-mata untuk combine untuk jadikan vintage yang ikut original spec. Kalau nasib baik, boleh dapat jugak yang 100% ori. Harga? Bergantung kepada movement dan kondisi. Willing buyer – willing seller. Bila cerita bab-bab movement ni ramai yang tak berapa nak ambik tahu. Ramai yang lebih suka pada model dan kondisi. Movement Seiko yang pelbagai mempunyai sejarah, fungsi dan kehebatan sendiri. Kehebatan yang memang terbukti berjaya menyaingi jenama-jenama Swiss dan Jerman di zaman kewujudannya. Model Seiko Lord Matic 5606-7000 ni adalah model pertama Seiko yang menggunakan movement yang berprestasi tinggi dan memang terbukti ketepatan perakam waktunya (timekeeping accuracy). Movement yang dibuat oleh Suwa Seikosha pada tahun 1968 ini mula digunakan pada model 5606-7000 LM pada tahun 1969 (model pertama 5606) dan asas movement yang sama (movement base) telah digunakan untuk model King Seiko 56KS dan Grand Seiko 56GS pada tahun berikutnya oleh Daini Seikosha. DNA movement yang dibuat oleh Suwa Seikosha ini adalah asas yang digunakan pada movement-movement berprestasi tinggi yang digunakan oleh Daini Seiko line pada zaman moden ini terutamanya model Grand Seiko. Model 5606-7000 ni ada dua variasi – 23 dan 25 jewels. Model pertama dikeluarkan pada tahun 1969 – 23 jewels dan 25 jewels pada tahun 1970. Kedua-dua koleksi aku ni memang accurate walaupun selepas lebih 45 tahun bertukar tangan – model Japanese Domestic Market. Cammana boleh sampai Malaya aku tak tau laa... tapi yang first model aku import dari Thailand daa... hehe, dah servis... dah tune. Hehe... Artikel yang agak panjang. Baca santai-santai untuk carik ilmu. Enjoy.” – thetick-thetick

Review Bergambar SEIKO LM 5606-7000 23j 1969
Spesifikasi
Model Name: Seiko Lord Matic Weekdater (56LMWD)
Model Ref. 5606-7000
Production/Location: circa. April 1969, Suwa Japan
Movement: 5606A, automatic/manual-winding, 3 hands, hacking, quickset date (weekdater dual language – Kanji & English Gregorian), 23 jewels
Frequency: 6bps/21,600bph
Driving/Power Reserve: auto/manual winding - integrated manual winding gear movement (direct mechanical driving system), 47 hours continuos operation
Case Type/Dimension: stainless steel cushion case/38mm incl. crown, 42mm lug to lug, 8mm height/thickness
Case Lug: 19mm
Case Lid: No case lid, top release service opening
Crystal: Acrylic
Dial No./Hands: 7001S/rhodium plated plain stainless steel hour, minute & second
Bracelet Type/Model: stainless steel/model 5606-700A, LM signed stainless steel clasp buckle


Model pertama Lord Matic 5606 Weekdater tahun 1969, business dress watch, macam keratan iklan yang aku siarkan sebelum nih. Model hanya untuk pasaran Jepun... kanji
Clean dial dengan index marker, jarum tuu bersinar cam pedang samurai
Guna dial 7001S, sunburst steel dial
Case back - nak servis bukak ikut atas beb! Tali ori untuk model pertama ni kod dia 5606-700A
Clasp buckle - ada sign SEIKO LM, all ori. Yang kiri tuu model 23j yang kanan 25j
Review Bergambar SEIKO LM 5606-7000 25j 1970
Spesifikasi
Model Name: Seiko Lord Matic Weekdater (56LMWD)
Model Ref. 5606-7000
Production/Location: circa. June 1970, Suwa Japan
Movement: 5606, automatic/manual-winding, 3 hands, hacking, quickset date (weekdater dual language – Kanji & English Gregorian), 25 jewels
Frequency: 6bps/21,600bph
Driving/Power Reserve: auto/manual winding - integrated manual winding gear movement (direct mechanical driving system), 47 hours continuos operation
Case Type/Dimension: stainless steel cushion case/38mm incl. crown, 42mm lug to lug, 8mm height/thickness
Case Lug: 19mm
Case Lid: No case lid, top release service opening
Crystal: Acrylic
Dial No./Hands: 7091S/rhodium plated black lining - stainless steel, hour, minute & second
Bracelet Type/Model: stainless steel/model XLB-021, LM signed stainless steel clasp buckle

Model tahun 1970, 25 jewels. Ada make-up sikit kat dial, jarum, dengan tali.
Hour marker ada black lining, jarum pun ada. Bersih gilerrr... 
Guna dial 7091S, lacquer-finish dial. Aku suka yang 23j - sunburst steel dial!
Tali besi model tahun 70 nih kod dia XLB-021. Lain sikit jehhh... kosmetik
Movement Cal. 5606 - Suwa Seikosha 1968
Suwa Seikosha mengeluarkan movement siri 5600 berprestasi tinggi untuk jam tangan Seiko dari tahun 1960an hingga 1970an. Siri-siri movement 5600 telah digunakan untuk pelbagai model Lord Matic, King Seiko dan Grand Seiko dari tahun 1968 hingga 1976. Ia mula digunakan untuk model Seiko Lord Marvel pada tahun 1968, seterusnya model King Seiko 56KS pada tahun 1969 dan akhirnya digunakan untuk model Grand Seiko 56GS. Movement siri 5600 juga telah digunakan untuk model Seiko Duotime dan Seiko Chronometer (COSC). Movement 5606 yang digunakan untuk model Lord Matic ini adalah penambah-baikan (upgrade) kepada model Grand Seiko yang menggunakan movement 5605 yang dikeluarkan sebelumnya. Movement ini dijuga dibuat dengan proses ‘high-grade precision’ pada setiap fasa pengeluarannya bagi menjamin kuasa mekanikal yang konsisten dan memberi ketepatan (accuracy) yang bagus bila dioperasikan. Ia adalah movement yang boleh diregulasikan (tuning) untuk mendapat pensijilan COSC. Antara movement yang terbaik pernah dikeluarkan oleh Seiko. Spesifikasi teknikal adalah seperti berikut:

Movement Ref: 5606 (circa. 1968, Suwa Seikosha, Japan)
Revision: 5606A 23 jewels/5606A 25 jewels
Movement Size: 25.6mm diameter, 26mm dial mount diameter, 4.25mm height
Driving System: auto/manual winding - integrated manual winding gear movement (direct mechanical driving system); nota: boleh kunci secara terus ke movement winding barrel, winding crown akan rasa anjal (elastic) apabila mainspring dikunci sepenuhnya)
Balance Wheel & Escapement: Seiko 315560, integrated gear – screw type micro regulator (COSC capability)
Balance Wheel Protection: Seiko Diashock
Frequency: 6bps/21,600bps
Power Reserve: 47 hours
Operation: hack time-setting, quickset day-date, crown operation, manual winding, automatic roto plate winding

Movement 5606A 23 jewels. Tengok micro regulator dia. Pakai screw... fast or slow!!! Jewel cup dia pakai gold-plated ring. Nengok direct-winding gear dia. Integrated dengan movement. So boleh kunci terus bekkk!!! Hacking mechanism dia pun integrated. Bukan macam Seiko 6R15 terbaru! Yang ni lagi canggih... Movement yang masih mampu menyaingi movement Seiko zaman moden.
Movement 5606A 25 jewels. Salah satu dari transmission gear dah tampah 2 lagi jewels. Haa.. nengok ball bearing kat winding rotor tuu.. gambar ni jelas boleh nampak micro-regulator dengan bridge. Escapement wheel punya jewel cap yang kat belah kiri tuu memang kelas... boleh dituning untuk COSC, 5 positions + heat and cold. Antara movement yang terbaik dikeluarkan oleh Suwa Seikosha.
Masih accurate. Lebih bagus dari movement 6R15 tahun 2006. Walaupun bukan 50 jam power reserve macam 6R15, 5606 tahun 1968 nih 47 jam.
“Bekk... diorang mana tau beekk. Kata Hassan D12. Memang itu rungutan yang aku selalu dengar di kalangan penjual, pembeli, dan penternak jam tangan vintage. Secara umumnya memang camtu laa... pengetahuan! Kalau kita minat kereta baru atau lama mesti laa tau betul-betulpasal enjin dan transmisi dulu. Macam tuu gak jam vintage. Nak jual pun kena tahu jadi boleh laa buat nilaian harga untuk jual. Pembeli pun kena laa tau kenapa jam tuu mahal. Ini adalah faktor penting pasaran jam vintage. Aku lebih minat pada movement... kondisi jugak penting. Kang banyak modal pulak nak refurbish balik jam tuu... bukan rojak atau franken tau! Haa... carik yang 100% ori termasuk parts dia sekali. Susah gak nak dapat... carik jangan tak carik. Memang puas hati bila ada koleksi vintage yang mint, tip-top. Baru laa ringan poket nak hantar servis. Hehe.. sorry artikel panjang!” – thetick-thetick
[Semak dan susun semula 27 Februari 2020]