Saturday, 7 February 2015

Artikel Seterusnya: Seiko Lord Matic 5606-7000 Vintage


"Mungkin ramai peminat jam Seiko vintage kenal dengan Grand Seiko, King Seiko, model-model jam penyelam, chrono 6139 atau 6138. Namun tidak ramai mengetahui kelebihan Seiko vintage Pressmatic, Seikomatic-R, Seikomatic-P, Lord Marvel, dan Lord Matic. Model-model dress atau sporty-dress Seiko ini bukanlah jam murahan seperti Seiko DX/De-Luxe bahkan bukan tandingan Seiko 5, Seiko 5 Actus, Sealion, Skyliner, Laurel, Champion, ataupun Seiko Advan. Bahkan movement-movement pada model-model ini lebih bagus dan turut sama digunakan pada model awal King Seiko dan Grand Seiko. Apabila kita menilai sesebuah jam vintage Seiko, movement adalah yang paling utama. Mungkin popularity model juga turut menjadi perkiraan, namun movement yang digunakan adalah penting bagi menilai kekuatan model itu sendiri. Model-model Seiko peringkat atasan seperti Lord Matic telah dikeluarkan di zaman Seiko Golden Years dari tahun 1967 hingga 1978. Tahun-tahun di mana Seiko lebih hebat dari pengeluar-pengeluar jam tangan dari Switzerland dan Jerman. Terpapar di atas adalah iklan Jam Seiko Lord Matic tahun 1969. Tahun di mana movement 5606 mula digunakan untuk model Lord Matic - model weekdater (hari & haribulan), automatic, manual-winding, hacking, dan mempunyai quick-set date. Mempunyai ketepatan perakam waktu pada tahap 6bps/21,600bph; fungsi time-keeping di zamannya tidak dapat ditandingi jenama-jenama Swiss termasuklah Rolex. Movement 5606 yang lahir pada penghujung tahun 1968 di Suwa Jepun ini adalah salah satu asas kepada movement-movement Seiko elit yang ada di zaman moden ini. Nantikan artikel seterusnya mengenai jam Seiko vintage Lord Matic 5606-7000 ini." - thetick-thetick

No comments:

Post a Comment