Wednesday 18 March 2020

OTW: The Last Samurai

Samurai... mereka adalah keturunan bangsawan tentera dan pangkat pegawai dari zaman dahulu sehinggalah zaman awal pemodenan Jepun. Dari abad ke 12 sehinggalah penghapusan mereka pada sekitar tahun 1870. Pada tahun 1870, golongan Samurai mewakili 5 peratus dari penduduk Jepun. Mereka mempunyai kedudukan tinggi dan mempunyai keistimewaan dalam masyarakat Jepun seperti memakai dua jenis pedang. Memori Samurai dan persenjataan mereka kekal terpahat dalam budaya popular Jepun. Pedang Jepun (pedang Samurai) adalah sinonim dengan golongan Samurai. Daripada Chukota pada zaman Nara sehinggalah The Ultimate Katana, pedang-pedang pahlawan ini telah dibuat dan ditambah-baik oleh pakar-pakar pedang sejak dari zaman ke zaman, dari generasi ke generasi. Pedang yang kecil atau companion sword seperti Wakizashi dan Tanto telah dibuat dengan begitu sempurna melalui proses yang amat rumit dan halus. Kombinasi pedang kecil dan pedang utama yang dipanggil The Daisho ini mempamerkan tradisi sebenar tentang kepakaran Jepun melakukan kerja-kerja seni pertukangan besi.


Kepada peminat Seiko, nama panggilan Samurai adalah merujuk kepada jam tangan penyelam yang dikeluarkan pada tempoh yang singkat dari tahun 2004 sehinggalah tahun 2008. Bentuk jarum tangannya yang kelihatan seperti pedang adalah sebab mengapa jam tangan tersebut dinamakan sebagai Samurai. Jam tangan Seiko Samurai ketika itu menggunakan movement 7S35 (Cal. 7S25/26 upgrade). Ia dianggap sebagai jam tangan yang lasak dan "serious looking divers" sebelum dihentikan pengeluarannya pada sekitar hujung tahun 2008. Antara yang diburu oleh peminat-peminat Seiko adalah jam model-model JDM (Japanese Domestic Model) yang diperbuat dari logam titanium dengan rujukan model SBDA. Hampir sedekat kemudian, Samurai kembali ke pasaran dengan model keluaran semula (re-issue) Limited Edition yang dinamakan sebagai Samurai Blue Lagoon. Dengan rujukan model SRPB09K1, Samurai ini memasuki pasaran pada bulan Februari 2017. Ia menggunakan movement terkini dari DNA Cal. 7S25/26 dengan fungsi "hacking dan manual winding" iaitu Cal. 4R35. Seperti keluaran 2004-2008; jam tangan Seiko siri Samurai ini mempunyai banyak model-model pilihan. Namun disebalik pelbagai cosmetic dan aesthetic yang dapat kita lihat pada model-model terbaharu; kita boleh kenal pasti bagaimana jam penyelam seperti Samurai ini telah diperhebat hasil dari tradisi dan kesenian Jepun dalam melakukan kerja-kerja seni pertukangan besi. Nantikan artikel seterusnya mengenai Samurai Jepun ini... The Last Samurai. - thetick-thetick2020