Wednesday 11 March 2020

Tips: Beli Jam Tangan Secara Online Bhg. 2

"Aku komplen dengan seller. Gaduh dalam mesej berjurai-jurai sekali dengan gambar-gambar bahan bukti, mati-mati dia kata jam dia GENUINE. Aku buktikan yang GENUINE seller tuu SCAM. Mengalah dia. Heran, ramai pulak boleh terpedaya. Bayar dekat 200, jam tuu mengalahkan jam pasar malam. Hampasss... Tapi siap ada resit itu ini sekali warranty... kononnya OEM direct dari kilang. Aku Tuntut balik duit aku dari pengendali marketplace... maaf, tak nak sebut nama atau jenama pengendali tuu. Seller suruh aku pulangkan balik jam tuu baru boleh refund. Ek-eh, nak pulangkan tapi alamat dia kat Malaysia! Tapi seller dan barang dari luar negara! Apa cerita nih?" - thetick-thetick2020

Jam Tiruan "Genuine China Scam"
China Scam... jam tiruan "Genuine". Harga memang murah. Antara tagline yang digunakan oleh penjual-penjual dari China ini adalah seperti "direct OEM factory" dan "direct from distributor". Diskaun-diskaun yang dinyatakan pulak memang menarik, namun tidak masuk akal! Ada yang sehingga 70 peratus. Untuk menarik perhatian, jaminan yang diberikan adalah 2 tahun. Yang pasti, jam yang dijual dinyatakan sebagai asli... genuine! Bagaimana jam-jam tiruan ini diaslikan? Satu penipuan, berikut adalah cara bagaimana penipuan dibuat:
  • Gambar Jam Tangan - Menggunakan gambar jam tangan yang asli diambil dari brochure-brochure pengeluar atau pengedar sah yang ada di laman sesawang.
  • Complete Merchandise - Didatangkan dengan warranty card oleh penjual, official sales receipt dari pengedar atau pengilang OEM, credit card slip bukti pembayaran oleh penjual kepada pengedar atau pengilang OEM (kononnya), manual jam tangan, booklet, watch tag, presentation box, dan paper bag. Semuanya tiruan.
  • QR Code - Pada jam tangan dan warranty card si penjual ada QR code. Apabila QR code diimbas, ia akan pergi terus ke laman sesawang scam untuk authenticate. Yang pasti imbasan QR akan menyatakan bahawa jam tangan itu genuine
  • Harga dan Tagline - Harga-harga jam China Scam kebanyakannya murah. Kononnya penurunan harga adalah atas faktor diskaun dan pembelian terus dari kilang OEM atau pengedar-pengedar tertentu. 
Antara jenama-jenama yang dikenal-pasti menjadi mangsa China Scam ini adalah Casio G-Shock, Tissot, Tag Heuer, Longines, Fossil dan beberapa designers' brand seperti Michael Kors, Tommy Hilfiger, dan Marc Jacobs.


Sales page, jam tangan Tissot tiruan Genuine! Gambar-gambar dari jam tiruan gred mewah siap dengan QR code pada jam tangan dan watch tag. Harga asal sebelum diskaun pun tidak masuk akal. Genuine China Scam. Hati-hati.

Penjual Dalam dan Luar Negara
Apabila anda ingin membeli dari sesebuah store di marketplace, anda harus pastikan lokasi penjual yang sebenar. Pastinya pengendali sistem marketplace akan nyatakan lokasi penjual di mana (contoh: Cheras, Kuala Lumpur, Pahang, dll.) dan jenis-jenis penghantaran menggunakan pengendali logistik dari dalam negara (contoh: Poslaju, DHL, J&T, dsbg). Jika penjual dari luar negara, pasti akan dinyatakan lokasi di negara mana dan jenis penghantaran dari luar negara - shipping from overseas. Namun ada penjual-penjual yang mengelirukan pembeli. Store yang tiada dinyatakan lokasi, nama store seakan-akan penjual tempatan, namun penghantarannya shipping from overseas. Tujuan dibuat sebegini ada dua maksud. Pertamanya, penjual adalah drop-shipper iaitu penjual tempatan yang tidak memegang stok; hanya akan membeli dari penjual lain dari luar negara dan barangan dihantar terus  (dari luar negara) kepada pembeli-pembeli tempatan. Terma mereka biasanya seperti shipping in 10 days... shipping in 21 days dan sebagainya. Yang kedua, kebanyakannya adalah untuk menipu pembeli. Mereka mengambil peluang atas kelemahan sistem penjualan di marketplace untuk tujuan tertentu. Maka berhati-hati. Gambar-gambar di bawah adalah satu dari banyak kes yang ditemui. 

Penipuan Menggunakan Gambar Jam yang Asli/Sama
Ini adalah salah satu dari bentuk-bentuk penipuan di marketplace. Jika anda bandingkan beberapa sales page untuk sesebuah jam tangan yang anda inginkan; pasti akan ditemui beberapa penjual-penjual yang menggunakan "original photoshoot" yang sama. Bukan gambar brochure yang standard. Jika gambar tidak ditanda dengan "watermark" atau nama store si penjual; sukar untuk diketahui siapa pemilik asal gambar tersebut. Namun, gambar-gambar ini pastinya berasal ada penjual yang "genuine" dan menjual jam tangan yang asli. Maka jika berlaku sedemikian, semak perbezaan harga dan di mana lokasi penjual-penjual yang menjual harga yang agak jauh lebih murah dari yang lain. Biasanya, ada "udang di sebalik batu"... pasti. Kebanyakannya adalah penjual dari luar negara. Tujuannya adalah untuk menipu. Dalam kebanyakan kes, jam yang bakal diterima adalah jam tiruan yang kelihatan hampir sama seperti dalam gambar-gambar jam tangan yang asli. Maka berhati-hati. Gambar-gambar di bawah adalah salah satu kes yang ditemui.


 Penjual yang cuba mengelirukan. Harga murah. Hantaran dari dalam negara? Lihat nama store dan kod penjual. Ini bukan dari dalam negara.
Iklan dari penjual tempatan. Penjual yang genuine. Rating penjual memang bagus. Atas sebab tertentu, tidak dipamirkan di sini nama store penjual. Lihat harga penjual ini dan harga penjual di atas. Gambar yang sama?!
Rumusan
Rumusan ini hanya untuk belian secara dalam talian di virtual marketplace seperti Lazada, Shopee, dan Lelong.my. Ketiga-tiga marketplace ini lebih bersifat localised walaupun penjual-penjual adalah campuran dari dalam dan luar negara. Berdasarkan pengalaman hampir lebih sedekad membeli pelbagai jam tangan secara dalam talian dan hampir beberapa bulan membuat kajian; adalah dicadangkan supaya anda melakukan langkah berikut sebelum membeli: 
  • Cari Maklumat Barangan - Pastikan kita mendapat maklumat secukupnya mengenai jam tangan yang hendak dibeli. Spesifikasi, model/reference number, dan harga jam yang asli. Harga memainkan peranan untuk benchmark kepada diskaun-diskaun yang ditawarkan oleh penjual.
  • Tapis Harga - Pilih dan tapis harga dari yang tertinggi hingga yang terendah. Hati-hati dengan harga yang terlampau rendah, ada kemungkinan jam tiruan atau penipuan
  • Pastikan Tempat Asal Penjual - Pastikan penjual dalam negara dinyatakan di mana. Biasanya pemilik atau pengendali marketplace akan nyatakan dalam sales information page. Jika dari dalam negara, pastikan tiada penghantaran dari overseas. Penjual dari luar negara boleh memanipulasi store setting untuk mengelirukan pembeli.
  • Semak Rating Penjual dan Review Pembeli - Semak profil penjual, tidak kira dari dalam atau luar negara. Pastikan rating yang bagus. Jika jam yang ingin dibeli, sila baca review dari pembeli-pembeli yang lain. Mungkin terdapat masalah di pihak penjual mengenai warranty claim. Atau juga komen yang menyatakan jam itu tiruan. Ini penting.
  • Buat Pilihan dan Perbandingan - Fokus untuk satu jenis model jam tangan yang anda inginkan. Pilih beberapa penjual yang menjual jam yang sama. Masuk dalam wishlist untuk buat perbandingan. Kemudian semak perkara-perkara di atas sebelum membuat keputusan.
"Dah banyak kali terkena? Tak laa banyak kali. Tapi kalau tak betul-betul... mau terbang duit. Kalau yang murah sangat tuu... hati-hati. Yang mahal pun, kekadang tertipu. Buatlah keputusan untuk membeli apabila kita benar-benar pasti. Selamat membeli jam-jam tangan idaman anda secara dalam talian." - thetick-thetick2020